Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak 2025

Urusetia Kursi Sheikh Othman Sarawak, UKM telah membuka tawaran biasiswa pasca-siswazah bagi pelajar peringkat Doktor Falsafah atau Sarjana yang akan mendaftar pada Semester 2, Sesi 2024/2025 iaitu Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak, UKM.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa Kursi Sheikh Othman

Biasiswa Kursi Sheikh Othman Sarawak mula diperkenalkan pada tahun 2022 yang ditawarkan oleh Urusetia Kursi Sheikh Othman Sarawak, UKM.

Biasiswa ini khusus bagi calon pasca-siswazah yang akan dan sedang menjalankan penyelidikan berkaitan pembangunan masyarakat Islam Sarawak.

Bagi pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 15 Mac 2025.

Bidang Penyelidikan

Bidang penyelidikan yang ditaja di bawah biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Keterjaminan Makanan
  • Eko-Pelancongan
  • Tenaga Diperbaharui
  • Pembangunan Wakaf
  • Islam & Teknologi Kecerdasan Buatan
  • Digitalisasi Ilmu & Tamadun Islam

Kadar Biasiswa

Kadar biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Yuran pengajian
  • Elaun sara hidup berjumlah RM2,200.00 (Doktor Falsafah) dan RM1,800.00 (Sarjana) sebulan.

Syarat Asas

Syarat umum bagi permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada mana-mana calon yang akan mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah dan Sarjana di UKM pada Semester 2, Sesi 2024/2025.
  2. Keutamaan pemberian biasiswa ini adalah untuk anak Negeri Sarawak.
  3. Kajian hendaklah berkaitan dengan Negeri Sarawak dalam bidang yang dinyatakan.
  4. Calon yang berjaya mesti mengikuti pengajian di UKM secara sepenuh masa.

Syarat Khusus

Pemohon juga perlu menepati syarat khusus yang ditetapkan:

  1. Pemohon mestilah memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang, sekurang- kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa ijazah pertama dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
  2. Memperoleh Ijazah Sarjana dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
  3. Melampirkan cadangan proposal kajian sewaktu memohon dan membentang draf berkenaan dalam sesi temuduga oleh panel khas yang akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengurusan Kursi.
  4. Memiliki ciri kepimpinan yang tinggi, aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan cemerlang dalam perkembangan bakat seperti kepimpinan, kemahiran dan kreativiti merupakan satu kelebihan.

Pemohon Tidak Layak Memohon

Pemohon yang tidak layak memohon biasiswa ini adalah seperti:

  1. Pemohon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  2. Pemohon yang sedang mengikuti program secara jarak jauh atau separuh masa.
  3. Pemohon yang masih terikat dengan mana-mana badan penajaan.
  4. Pemohon yang telah bekerja.

Tatacara Permohonan

Permohonan biasiswa ini boleh dibuat dengan mengikuti tatacara berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuiuVjgGG5BrClW9Iq8SAs6D_HzLiM4hDofZf6yTHNQAYuUA/viewform.
  2. Lengkapkan maklumat permohonan.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Klik “Submit” untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak, UKM 2025, ayari laman web https://www.ukm.my/kursisos/biasiswa/ dan hubungi Pejabat Urus Setia Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak di talian 03-89214609 atau emel [email protected].

Baca juga: Pinjaman Pelajaran Bantuan Pendidikan Negeri Perlis 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: