Permohonan Biasiswa Pelajaran TAZU (BPT)-ASASI UNITEN 2022

Tabung Amanah Zakat UNITEN (TAZU) mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 untuk memohon penajaan Biasiswa Pelajaran TAZU (BPT)-Asasi.

Biasiswa Pelajaran TAZU (BPT)-Asasi ini adalah biasiswa yang ditawarkan bagi Program Asasi di UNITEN dan tempoh tajaan adalah sepanjang Program Asasi sahaja.

Bagi pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan mulai 1 Julai 2022 sehingga 31 Julai 2022 secara atas talian.

Syarat Permohonan

Syarat-syarat untuk permohonan bagi biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Beragama Islam.
  3. Memohon program Asasi di UNITEN.
  4. Mendapat keputusan SPM minima 9A tanpa C.

Keutamaan biasiswa ini akan diberikan mengikut kategori asnaf dengan pengiraan kad kifayah tertinggi.

Cara Memohon

Pemohon yang ingin membuat permohonan boleh memohon menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://amanahuniten.my/biasiswa/.
  2. Klik butang ‘Permohonan Baru.’
  3. Isi maklumat permohonan dengan betul dan lengkap.
  4. Muat naik dokumen sokongan.
  5. Klik butang ‘Hantar.’

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Salinan penyata gaji terkini ibu dan bapa/penjaga; atau
  3. Salinan penyata pencen terkini ibu dan bapa/penjaga; atau
  4. Salinan surat pengesahan pendapatan terkini ibu dan bapa/penjaga sekiranya tiada penyata gaji/penyata pencen; atau
  5. Salinan surat pengesahan tidak bekerja sekiranya ibu dan bapa/penjaga tidak bekerja.
  6. Salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  7. Salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Pelajaran TAZU (BPT)-Asasi, sila hubungi talian 03-89212030 atau email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: