Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menawarkan biasiswa pendidikan bagi kemasukan ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) untuk tahun 2022.
UniSHAMS merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia yang terletak di Negeri Kedah.
Sebelum ini, universiti ini dikenali sebagai Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman sebelum dinaik taraf ke Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) pada 18 Mei 2006.
Bagi pemohon yang berminat memohon biasiswa ini, permohonan boleh dibuat sebelum 31 Oktober 2022.
Kelebihan Biasiswa
Kelebihan pelajar menerima biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Tajaan penuh RM12,000.00 setahun bagi Ijazah Sarjana Muda dan RM10,000.00 setahun bagi Diploma.
- Semua Kursus Pengajian di Peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS.
- Pemantauan Mentor berkaitan akademik dan ko-kurikulum.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:
i) Peringkat Diploma
- Pemohon mestilah beragama Islam.
- Pemohon sedang bermastautin/menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-kurangnya 2 tahun.
- Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2022/23 (Sesi Pengambilan Ogos).
- Semua bidang pengajian Diploma di UniSHAMS.
- Keputusan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya 3B dan 3 Kredit serta kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Lulus ujian penempatan Bahasa Arab yang dianjurkan oleh UniSHAMS dan lulus ujian temuduga (Diploma Tahfiz Wal Qiraat).
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia bagi kemasukan UniSHAMS.
- Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40).
ii) Peringkat Ijazah Sarjana Muda
- Pemohon mestilah beragama Islam.
- Pemohon sedang bermastautin/menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-sekurangnya 2 tahun.
- Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2022/23 (Sesi Pengambilan Ogos).
- Semua bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS.
- Lulus Diploma/Matrikulasi/STPM/ASASI dalam bidang berkaitan dengan pencapaian sekurangnya CGPA 2.5 atau sekurang-kurangnya pangkat maqbul bagi lepasan STAM.
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia bagi UniSHAMS.
- Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40).
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web http://biasiswa.zakatkedah.com.my.
- Klik bahagian ‘Tiada Akaun? Sila Daftar Di Sini.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Daftar Sekarang.’
- Log masuk dengan memasukkan ID pengguna dan kata laluan.
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Hantar permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Gambar pemohon berukuran passport.
- Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa atau Penjaga.
- Salinan Penyata Gaji/Pencen/Pengesahan Pendapatan.
- Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran semua ahli keluarga dibawah tanggungan.
- Salinan kelulusan pengajian (PT3/Percubaan SPM/SPM/Sijil/Diploma/Ijazah).
- Salinan Surat Tawaran atau Pengesahan Pengajian daripada IPT.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Pendidikan LZNK UniSHAMS, sila hubungi Bahagian Pendidikan LZNK di talian 04-7331740.