Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK IPTA 2022/2023

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mempelawa calon-calon berkelayakkan untuk memohon Biasiswa Pendidikan LZNK bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Negara.

Untuk makluman, LZNK merupakan institusi yang menguruskan zakat di Negeri Kedah yang telah ditubuhkan pada 5 September 1936.

Institusi ini aktif dalam menyalurkan zakat kepada para asnaf selain turut menawarkan biasiswa pendidkan kepada mereka yang berkelayakan.

Bagi permohonan biasiswa pendidikan ini, permohonan perlu dibuat sebelum 15 Disember 2022.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Kejuruteraan/Bioteknologi/Sains gunaan/Sains Kuantitatif, Sains Tulen dan Sains Perubatan
    – Lepasan Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.00* keatas atau setaraf dengannya.
  • Kewangan/Perbankan/Perakaunan/Ekonomi
    – Lepasan Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.00* keatas atau setaraf denganya.
  • Pengajian Islam/Sains Sosial
    – Lepasan Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian CGPA 3.00 keatas atau sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan bagi lepasan STAM.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon biasiswa pendidikan ini adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Anak Negeri Kedah atau telah bermastautin di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Berumur bawah 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup
  4. Pelajar tahun pertama pengajian sahaja.
  5. Tidak mendapat sebarang tajaan, biasiswa atau pinjaman dari mana-mana pihak.
  6. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web di alamat https://www.zakatkedah.com.my/.
  2. Terus ke Aplikasi atas talian (Portal Biasiswa) : https://biasiswa.zakatkedah.com.my
  3. Daftar ID Pengguna di portal biasiswa tersebut.
  4. Log masuk di portal tersebut.
  5. Lengkapkan permohonan sehingga selesai.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Pendidikan LZNK, sila hubungi Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan di talian 04-7331740.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *