Semakan Keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2024
KEPUTUSAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP) TAHUN 2024
Bagi pemohon yan sebelum ini membuat permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2024, keputusan permohonan boleh disemak mulai 3 September 2024.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan permohonan biasiswa ini akan dibuka secara atas talian mulai 14 Mac 2024 sehingga 15 April 2024.
Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di Universiti Awam (UA) dalam bidang yang telah ditetapkan.
Bidang Pendidikan Layak Memohon
Bidang pendidikan yang layak memohon biasiswa perguruan ini adalah seperti berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Tamil
- Bahasa Arab
- Dini (Usuluddin/Al-Lughah Al’arabiah Almu’asirah) (KBD)
- Reka Cipta
- Teknologi Kimpalan
- Bahasa Cina
- Tahfiz
- Teknologi Elektronik
- Al-Quran & Al-Sunnah
- Teknologi Elektrik
- Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
- Teknologi Automotif
- Matematik
- Teknologi Pembinaan
- Sains
- Pendidikan Seni Visual
- Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
- Sejarah
- Pendidikan Khas
- Geografi
- Bimbingan dan Kaunseling
- Teknologi Pemesinan Industri
- Pendidikan Islam
- Reka Bentuk &Teknologi
Senarai Universiti
Senarai UA yang terlibat dalam biasiswa perguruan ini adalah seperti berikut:
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin membuat permohonan biasiswa perguruan ini adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
- Umur pemohon tidak melebihi 25 tahun pada tahun permohonan.
- Pemohon mestilah memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Pemohon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk
memohon. - Penawaran biasiswa ISMP ini tidak terhad kepada pelajar daripada Fakulti Pendidikan, tetapi turut dibuka kepada semua pelajar dari Fakulti lain sekiranya ijazah yang bakal diperoleh adalah dengan pendidikan.
- Hanya pemohon yang memilih berdasarkan bidang kursus major sahaja yang akan ditawarkan biasiswa.
- Untuk pemohon Bidang Bahasa Inggeris, pemohon perlu mendapat kelayakan minimum
Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET). - Bagi pemohon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, pemohon perlu mempunyai kemahiran
berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/Sijil MenengahAgama (SMA)/ Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon. - Bagi pemohon yang mengambil jurusan teknikal dan vokasional, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM) atau Diploma dalam bidang TVET (sekiranya ada). - Pemohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian dan penilaian video pembentangan oleh panel yang dilantik.
- Pemohon yang berjaya ditawarkan biasiswa ini perlu melepaskan tajaan yang sedia ada.
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.
Cara Semakan Keputusan Permohoman
Semakan permohonan biasiswa perguruan ini boleh dibuat menerusi pautan https://epenawaran.moe.gov.my/.
Semakan permohonan boleh disemak mulai 03 September 2024 (Selasa), jam 3:00 petang.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP, sila hubungi Bahagian Tajaan Pendidikan KPM di talian 03-8321 7151/7113/7157/7136/7138/7159.
Baca juga: Biasiswa Future Leaders Yayasan Selangor & YTM 2024