Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak 2024

Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA), Universiti Awam (UA) dan Politeknik untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak 2024.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa pinjaman ini.
Mengenai Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak
Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak untuk menampung sebahagian daripada kos pendidikan pelajar anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di IPTA dan Politeknik.
Pelajar yang ditawarkan hanya akan membayar balik 25% daripada keseluruhan peruntukan yang diberi kepada pelajar dengan syarat pelajar tersebut telah menamatkan program pengajian dengan jayanya.
Bagi pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan yang akan dibuka 14 hari selepas keputuan UPU 2024/2025 diumumkan.
Pembiayaan Biasiswa
Pembiayaan yang akan diberikan menerusi biasiswa pinjaman ini adalah termasuk:
- Yuran Pengajian
- Elaun Sara Hidup
- Elaun Pengangkutan
- Elaun Buku, Pakaian dan lain-lain.
Bidang Pengajian
Biasiswa pinjaman ini terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali perubatan dan pendidikan.
Syarat Permohonan
Pelajar perlu memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:
- Anak jati Sarawak yang telah mendapat tawaran mengikuti pengajian Sepenuh Masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Awam (UA) dan Politeknik.
- Terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali Perubatan dan Pendidikan
- Keutamaan diberi kepada:
– Pemohon bidang pengajian yang berkaitan dengan PCDS 2030.
– Pemohon dari kumpulan pendapatan B40 (pendapatan isi rumah RM 4,850.00 ke bawah atau tertakiuk kepada jumlah tanggungan semasa) - Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam / Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima Separuh Gaji atau Bergaji Penuh adalah tidak layak untuk memohon.
Cara Permohonan
Semua permohonan hendaklah dibuat di atas talian melalui laman web https://escholarship.sarawak.gov.my.
Untuk kemasukan baru, pemohon wajib mengisi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dan bagi pemohon yang sedang dalam pengajian, permohonan hendaklah menggunakan keputusan semester terkini.
Permohonan yang disenarai pendek akan dipertimbangkan untuk tawaran dan jika tidak dihubungi dalam tempoh 2 bulan daripada tarikh iklan ditutup, permohonan dianggap tidak berjaya.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak 2024, sila layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak https://psc.sarawak.gov.my atau menghubungi 082-236325/082-236554.
Baca juga: