Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah 2024
Pelajar peringkat Sijil/Diploma atau Ijazah Sarjana Muda daripada Negeri Sabah yang ingin memohon tajaan dermasiswa/biasiswa/pinjaman pengajian tinggi dialu-alukan memohon Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa/pinjaman ini.
Mengenai Yayasan Sabah
Untuk makluman, Yayasan Sabah merupakan yayasan yang ditubuhkan melalui Enakmen No. 8, Dewan Undangan Negeri Sabah pada tahun 1966.
Salah satu objektif penubuhan yayasan ini adalah untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk rakyat Malaysia di Sabah menerusi Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah.
Oleh itu, para pelajar yang berminat untuk membuat permohonan tajaan ini boleh membuat permohonan sebelum 31 Julai 2024.
Jenis Tajaan Biasiswa / Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah 2023
Jenis tajaan yang ditawarkan menerusi Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi ini adalah seperti berikut:
i) Biasiswa
Jenis Biasiswa | Peringkat Pengajian | Tempat Pengajian |
Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS) | Matrikulasi/Pra/Asasi/A Level/Diploma | Dalam Negara (keutamaan kepada pelajar yang mengikuti Program Berkembar (TTP) |
Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB) | Matrikulasi/Pra/Asasi/Diploma | UiTM/UMS/UMP/UM/ UniSZA/UniSHAMS/Kolej Pro. Baitulmal KL/KTYS/UCSF/KUIPSAS |
Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam | Diploma/Ijazah Sarjana Muda | Institusi Pengajian Tinggi Tempatan/Program Berkembar (TTP) ASEAN/Timur Tengah |
Biasiswa Ulum Islamiyah | Ijazah Sarjana Muda | Universiti Al-Azhar Mesir |
Biasiswa Perubatan Mesir | Ijazah Sarjana Muda | Universiti Al-Azhar & Universiti Alexandria Mesir |
Biasiswa Bahasa Arab | Asasi/Ijazah Sarjana Muda | Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KYTS), Universiti Yarmouk, Jordan |
Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan) | Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif, Kejuruteraan Perniagaan, Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Asasi Keujuteraan | Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KYTS)/Program Kerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang |
Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak | Diploma | Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KYTS) |
Biasiswa Pengajian Tinggi IPTA/IPTS (Pertanian, Veterinar, Perakaunan, Senibina, Jurukur Bahan, Keusahawanan, Pergigian) | Diploma | IPT Tempatan |
Biasiswa Pelancongan/Perhotelan | Diploma/Ijazah Sarjana Muda | University College Sabah Foundation (UCSF) |
ii) Dermasiswa
Jenis Biasiswa | Peringkat Pengajian | Tempat Pengajian |
Dermasiswa KYTS/Politeknik/UiTM | Sijil | Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KYTS)/Politeknik/UiTM |
iii) Pinjaman Pengajian
Pinjaman pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus yang tidak tersenarai di dalam kursus Biasiswa/Dermasiswa.
Syarat Permohonan Biasiswa / Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang berminat adalah seperti berikut:
- Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah; atau
- Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa berasal daripada Negeri Sabah; atau
- Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa mempunyai status Penduduk Tetap di Negeri Sabah.
- Keutamaan diberikan mereka yang berasal dan menetap di Negeri Sabah.
Syarat Kelayakan Akademik
Syarat kelayakan akademik yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
i) Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
- Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperoleh 5A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2022.
ii) Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB)
- Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperoleh 5A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2022. Khusus kepada golongan luar bandar B40.
iii) Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam dan Biasiswa Ulum Islamiyah
- Pemohon mestilah memperoleh Sijil Penuh dalam peperiksaan STAM (sekurang-kurangnya Jaid Jiddan/Sangat Baik) dan/atau memperoleh 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM.
iv) Biasiswa Perubatan Mesir
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam peperiksaan PreMedic/Matrikulasi.
v) Biasiswa Bahasa Arab
- Pemohon mestilah memperoleh Sijil Penuh dalam peperiksaan STAM (sekurang-kurangnya Jaid Jiddan/Sangat Baik) dan/atau memperoleh 4 kredit termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, dan Pendidikan Syariah Islamiyah dalam peperiksaan SPM.
vi) Biasiswa Kejuruteraan
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.0 dalam peperiksaan Asasi Kejuruteraan di KYTS. Bagi kursus peringkat Asasi Kejuruteraan, pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
vii) Biasiswa IPTA/IPTS
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
viii) Biasiswa Pelancongan/Perhotelan
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
ix) Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KTYS)
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
x) Dermasiswa KYTS/Politeknik/UiTM
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
xi) Pinjaman Pengajian
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM
Tatacara Permohonan
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan menerusi laman web https://ptps.sabah.gov.my/.
Keterangan Lanjut
Keterangan lanjut mengenai Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah 2023, sila hubungi Bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah di talian 088-326402/326385/326390/326392/326393/326395/326396/326397/326399/326603/434195 atau email ke [email protected].