biasiswa-pinjaman pengajian tinggi-yayasan-sabah

Tawaran Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah Siri 2/2022

Yayasan Sabah telah membuka tawaran bagi Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah Siri 2/2022 untuk anak negeri Sabah mengikuti pengajian di peringkat Tinggi.

Untuk makluman, tawaran ini dibuka untuk pengajian di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda bagi sesi pengajian 2022.

Pemohon boleh membuat permohonan bermula 17 Jun 2022 secara atas talian.

Biasiswa & Pinjaman Pengajian Ditawarkan

Biasiswa dan pinjaman pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i) Biasiswa

  1. Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
  2. Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB)
  3. Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam
  4. Biasiswa Ulum Islamiah
  5. Biasiswa Bahasa Arab (UCSF-Timur Tengah)
  6. Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan)
  7. Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  8. Biasiswa IPTA/IPTS
  9. Biasiswa Pelancongan/Perhotelan

ii) Dermasiswa

  1. Dermasiswa YSCT/Politeknik/UiTM
  2. Dermasiswa Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur (DKPBKL)

iii) Pinjaman Pengajian

Pinjaman Pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus yang tidak tersenarai di dalam kursus Dermasiswa/Biasiswa.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah; atau
  2. Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa berasal dari negeri Sabah; atau
  3. Pemohon, ibu atau bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa mempunyai status Penduduk Tetap di negeri Sabah.

Syarat Kelayakan Akademik

Pemohon juga perlu memenuhi syarat kelayakan akademik:

  1. Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS): Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperoleh 5A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2021.
  2. Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB): Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperoleh 5A termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2021. Khusus kepada golongan B40 luar bandar.
  3. Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam dan Biasiswa Ulum Islamiah: Pemohon mestilah memperoleh Sijil Penuh dalam peperiksaan STAM (sekurang-kurangnya Jaid Jiddan/Sangat Baik) dan/atau memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM.
  4. Biasiswa Bahasa Arab (UCSF-Timur Tengah): Pemohon mestilah memperolehi Sijil Penuh dalam peperiksaan STAM (sekurang-kurangnya Jaid Jiddan/Sangat Baik) dan/atau memperolehi sekurang-kurangnya 4 kredit termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan Al Quran & Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah dalam peperiksaan SPM.
  5. Biasiswa Kejuruteraan: Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya CGPA3.00 dalam peperiksaan Matrikulasi/Asasi.
  6. Biasiswa IPTA/IPTS/Pelancongan/Perhotelan/Kursus Asas Kejuruteraan dan Pinjaman Pengajian: Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
  7. Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak (YSCT): Pemohon mestilah memperolehsekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
  8. Dermasiswa YSCT/Politeknik/UiTM: Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
  9. Dermasiswa Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur (DKPBKL): Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan SPM.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan bagi pemohon yang berminat adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web permohonan di pautan https://ysedu-online.net.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar Akaun’ dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  3. Klik butang ‘Daftar’ selepas semua maklumat diisi.
  4. Semak email untuk mendapatkan ID dan kata laluan yang akan diberikan.
  5. Klik pautan yang diberikan untuk mengaktifkan akaun.
  6. Log masuk menerusi ID dan kata laluan.
  7. Isi borang permohonan mengikut arahan yang diberikan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 22 Julai 2022 KECUALI bagi BCNS dan BCPLB tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2022.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah Siri 2/2022, sila hubungi pejabat Bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah di talian 088 – 326402/326385/326390/326392/326393/326395/326396/326397/326399/326603/434195 atau menghantar emel ke [email protected]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top