Permohonan Biasiswa BYSTT & YBSTAR Sarawak 2024/2025

Yayasan Sarawak dan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) telah menawarkan 2 biasiswa untuk dipohon oleh anak-anak Sarawak iaitu Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) dan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) untuk sesi 2024/2025.

Berikut adalah maklumat mengenai biasiswa ini dan cara untuk memohon.

Mengenai BYSTT & YBSTAR

Biasiswa Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) adalah ditawarkan kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam jurusan Kursus STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik.

Manakala Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) ditawarkan kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam jurusan kursus selain daripada STEM.

BYSTT ditawarkan bagi kursus STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik manakala YBSTAR ditawarkan bagi kursus bukan STEM iaitu selain Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan mulai 15 April 2024 hingga 31 Mei 2024 (4:00 petang)⁣.

Syarat Asas Biasiswa

Syarat asas yang ditetapkan bagi permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Anak jati Sarawak (sama ada ibu atau bapa atau kedua-dua sekali anak kelahiran Sarawak).
  2. Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara sepenuh masa di mana-mana Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf di dalam negara sahaja. Pemohon mesti telah menerima surat kemasukan ke institusi.
  3. Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara sepenuh masa di mana-mana 10 Institut Pengajian Tinggi (IPT) terungguk di dunia. Pemohon mesti telah menerima surat kemasukan ke institusi.
  4. Untuk Ijazah Pertama, permohonan penajaan adalah di IPT dalam negara sahaja (Keutamaan diberi kepada Institusi Pengajian Awam (IPTA) dalam Malaysia & Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) milik Kerajaan Negeri Sarawak.
  5. Untuk Ijazah Lanjutan, permohonan penajaan adalah di IPT dalam negara dan luar negara (10 IPT terbaik dunia sahaja).

Syarat Khusus

Syarat khusus yang ditetapkan adalah pemohon yang sedang mengikuti pengajian ATAU pemohon yang telah
diterima masuk ke institusi pengajian tinggi perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:

i) Ijazah Pertama:

  1. Pemohon mestilah memperoleh subjek Bahasa Melayu kepujian (kredit) dalam peperiksaan SPM dan yang setaraf dengannya.
  2. Pemohon memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya/Diploma/Matrikulasi/Asasi/Foundation/A-Level dan yang setaraf dengannya.

ii) Ijazah Lanjutan

  1. Memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Ijazah Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa Ijazah Pertama atau Sarjana.

iii) Kriteria Tambahan

  1. Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.
  2. Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan.
  3. Perkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepimpinan, kemahiran dan kreativiti.

Calon Tidak Layak Memohon

Calon yang tidak layak memohon adalah seperti:

  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  2. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi, Asasi Sains/Pra-Universiti/Foundation.
  3. Pelajar-pelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa.
  4. Pelajar-pelajar yang masih terikat dengan mana-mana badan penajaan.
  5. Pelajar-pelajar yang tiada surat pelepasan/kelulusan majikan.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:

  1. Layari laman web iaitu https://yayasansarawak.org.my/my/tawaran-biasiswa-sesi-2024-2025/?fbclid=IwAR1mBHkomXoHRCwO79psq_BdjFNcsyEuuUef077AK-4eapnd0cJoYF4OwCY_aem_AVvrUC0tC8xVn33cuDBkpSIF1lcVBAsJnpdBteqXZ0tGoJeZ9excE9d2ZpGQ8jn-qTvi_13uEwA35xjlekmhkRcI.
  2. Di bahagian permohonan dalam talian, klik biasiswa yang diperlukan.
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik “Next.”
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik “Register.”
  5. Ikuti arahan selanjutnya dan buat permohonan.
  6. Sediakan dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan.
  7. Hantar permohonan.

Dokumen Lampiran

Dokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut:

  1. Salinan MyKad Pelajar dan MyKad Ibu Bapa
  2. Salinan Sijil Lahir Pelajar
  3. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Universiti/ Institusi
  4. Salinan Keputusan Terkini Akademik (PNGK)
  5. Salinan Keputusan SPM (Bahasa Melayu hendaklah Kredit) iaitu setaraf dengannya.
  6. Sijil KoKurikulum (KK) daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS).
    – Sekiranya tiada, salinan sijil KK daripada JPNS, maka pemohon boleh memuatnaik 1 salinan sahaja, sama ada:
    a) Pencapaian Tertinggi Kokurikulum; atau
    b) Penyertaan Tertinggi; atau
    c) Jawatan yang Disandang untuk setiap 4 ELEMEN di bawah ini, iaitu:
    – Sukan
    – Akademik
    – Kelab
    – Persatuan
  7. Salinan Slip Gaji Terkini/ Penyata Pencen/ Surat Pengesahan Gaji (bagi yang bekerja sendiri)
  8. Pegawai atau kakitangan kerajaan atau swasta yang sedang berkhidmat mestilah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masingmasing dan disertakan bersama Surat Pengesahan Kebenaran untuk Belajar Secara Sepenuh Masa (jika berkaitan).

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib dan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman, sila hubungi Seksyen Biasiswa di talian (082) 441686.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: