Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2024

Pelajar anak Negeri Terengganu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang ingin menyambung pengajian di peringkat ASASI dalam negara boleh membuat permohonan yang ditawarkan oleh Yayasan Terengganu menerusi Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2024

Yayasan Terengganu ditubuhkan pada 1 Mei 1972 di bawah Enakmen Terengganu Bil. 9 Tahun 1972 untuk membantu kerajaan memajukan industri Pendidikan di negeri ini sebagai wahana utama membangun modal insan.

Tujuan penubuhan ini termaktub dalam Enakmen berkenaan sebagai usaha untuk meningkat, memaju dan memperkembangkan peluang-peluang dan kemajuan-kemajuan pelajar rakyat negeri ini.

Salah satu biasiswa yang ditawarkan adalah Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang.

Biasiswa ini merupakan program ini memberi peluang kepada untuk meneruskan pengajian ke peringkat Asasi/Tamhidi di Universiti Awam (UA) dalam negara.

Biasiswa ini diberikan sebagai menghargai pelajar-pelajar cemerlang yang ingin melanjutkan pengajian di Asasi/Tamhidi.

Oleh itu, pemohon yang berminat boleh membuat permohonan bermula 10 Julai 2024 hingga 20 Julai 2024 (12.00 tengahari). 

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Lulus SPM tahun semasa dengan Gred A (A+, A, atau A-) dalam sekurang-kurangnya 8 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, dan Matematik.
  2. Telah mendapat tawaran di Pusat Pengajian Persediaan (Asasi/Tamhidi) di Universiti Awam (UA).

Cara Memohon

Permohonan skim ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://ytpenajaan.terengganu.gov.my/login.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Akaun.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan permohonan sehingga selesai.

Maklumat Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang, sila layari laman web Yayasan Terengganu iaitu https://yt.gov.my/.

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: