Permohonan Biasiswa Sukan KPM 2023 (BS)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan hadiah Biasiswa Sukan (BS) tahun 2023 kepada atlet murid yang layak dengan mengambil kira pengambilan sukan bermula 1 Januari 2021 hingga 31 Mac 2023.
Pengenalan Biasiswa Sukan KPM
Untuk makluman, Biasiswa Sukan ini telah diperkenalkan pada tahun 2005 sebagai suatu usaha bagi meningkatkan kecemerlangan sukan dalam kalangan murid di bawah Program Pembangunan Sukan sekolah.
Ia juga merupakan suatu galakan kepada murid supaya bersungguh-sungguh untuk mencapai prestasi yang tinggi di dalam bidang sukan.
Permohonan baharu biasiswa ini secara dalam talian boleh dibuat mulai 19 April hingga 18 Mei 2023.
Senarai Sukan
Berikut adalah jenis-jenis sukan yang layak dipertimbangkan untuk diberi biasiswa ini:
- Akuatik
- Angkat Berat
- Badminton
- Bola Baling
- Bola Jaring
- Bola Keranjang
- Bola Sepak
- Bola Tampar
- Boling Padang
- Boling Tenpin
- Catur
- Gimnastik
- Gimrama
- Golf
- Hoki
- Judo
- Karate
- Kriket
- Lawan Pedang
- Lumba Basikal
- Memanah
- Menembak
- Olahraga/Merentas Desa
- Pelayaran
- Ping Pong
- Ragbi
- Sepak Takraw
- Silat Olahraga
- Skuasy
- Sofbol
- Taekwondo
- Tenis
- Wushu
Kriteria Kelayakan Biasiswa Sukan KPM
Pemohon mestilah mematuhi ke semua kelayakan di bawah iaitu:
- WarganegaraMalaysia;
- Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Sukan Malaysia; atau
- Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Sukan Negeri; atau
- Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Harian (SH), Sekolah Berasrama Penuh (SBP)/Sekolah Menengah Teknik (SMT)/Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK); atau
- Pelajar Tahun 1 dan 2 di Kolej Vokasional KPM.
- Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun (insentif lain) daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
- Menunjukkan prestasi cemerlang dalam sukan dengan sekurang- kurangnya telah mewakili negeri di peringkat kejohanan MSSM, Liga Sukan KPM dan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS), Sukan Prestasi Tinggi Negara (SPTN) serta sukan-sukan lain yang diputuskan oleh KPM.
Tatacara Permohonan
Permohonan biasiswa ini perlu melalui pihak sekolah dan pihak sekolah perlu membuat permohonan melalui laman web https://apb1.moe.gov.my.
Penghantaran dokumen sokongan mulai 18 hingga 22 Mei 2023 kepada Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Maklumat Lanjut Biasiswa Sukan KPM
Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Sukan KPM, sila layari laman web https://apb1.moe.gov.my/ atau https://www.moe.gov.my/bantuan-pembelajaran-menu/biasiswa-sukan-bs.