BSP KBS: Permohonan Biasiswa Sukan Persekutuan 2024
Berita baik untuk atlet yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membuka permohonan untuk para atlet memohon Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) 2024.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan biasiswa ini.
Mengenai BSP KBS
BSP adalah biasiswa yang ditawarkan oleh KBS bagi para atlet yang sedang melanjutkan pengajian di IPT secara sepenuh masa.
Atlet yang memenuhi syarat permohonan adalah dialu-alukan memohon biasiswa sukan ini.
Permohonan biasiswa ini telah dibuka mulai 12 Jun 2024 sehingga 27 Jun 2024 secara atas talian.
Peringkat Pengajian BSP
Peringkat pengajian yang layak memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Peringkat Diploma
- Peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan bagi biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah dari golongan atlet yang masih giat dalam bidang sukan (tidak termasuk pegawai dan jurulatih sukan).
- Pemohon-pemohon mestilah dari mereka yang telah mencapai prestasi yang cemerlang sekurang-kurangnya dalam pertandingan-pertandingan Majlis Sukan di peringkat sukan sekolah-sekolah ASEAN atau mana-mana pertandingan yang setaraf dengannya.
- Pemohon-pemohon mestilah mempunyai kelayakan minima untuk memenuhi syarat-syarat kemasukan bagi mengikut kursus-kursus yang diperlukan oleh negara di universiti-universiti atau institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
- Pemohon-pemohon adalah dikehendakl untuk memperoleh dengan sendirinya tempat di universiti atau institusi pengajian tinggi. Hanya pemohon yang berjaya mendapat tempat di universiti-universiti/institusi-institusi akan ditawarkan biasiswa.
- Pemohon-pemohon yang menerima biasiswa ini hendaklah terus giat di dalam latihan dan pertandingan pertandingan sukan pilihannya semasa tempoh pengajian dan juga dikehendaki mewakili negara didalam pertandingan-pertandlngan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sekiranya diperlukan.
- Pemohon-pemohon bagi blasiswa ini mestllah berumur tidak lebih dari 25 tahun pada tarikh yang ditetapkan oleh KBS.
- Pemohon-pemohon mestilah sihat dari segi mental dan fizikal.
- Pemohon-pemohon yang dipilih hendaklah berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.
Tatacara Permohonan Biasiswa Sukan Persekutuan
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://spsb.kbs.gov.my/backend/web.
- Pilih bahagian e-Biasiswa.
- Klik butang ‘Daftar.’
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
- Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.
Keterangan Lanjut
Keterangan lanjut mengenai Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) 2024, sila hubungi Unit Biasiswa KBS di talian 03-8871 3549/3558.