Permohonan Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Loy Seng

Pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah dialu-alukan memohon Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Loy Seng.

Yayasan Tan Sri Lee Loy Seng merupakan sebuah yayasan pendidikan yang memberikan biasiswa kepada pelajar Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Permohonan biasiswa ini telah dibuka dan akan ditutup pada 10 Oktober 2022.

Kadar Biasiswa

Kadar biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Diploma: RM6,000.00 setiap tahun akademik.
  • Ijazah Sarjana Muda: Antara RM9,500.00 hingga RM10,000.00 setiap tahun akademik.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara dan pemastautin Malaysia.
  • Memenuhi syarat-syarat akademik dan syarat lain yang diperlukan dalam mendapat tawaran di salah satu daripada universiti atau kolej tempatan.
  • Mendapat keputusan akademik yang baik untuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Mempunyai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 2.80 ke atas bagi mahasiswa yang sedang belajar di kolej / universiti tempatan.
  • Tiddak mendapat  biasiswa/pinjaman pengajian dari mana-mana organisasi lain.

Kriteria Pemilihan

Dalam mempertimbangkan permohonan, Jawatankuasa Pengurusan Yayasan akan menyemak perkara berikut:

  • Kewangan pemohon, pencapaian akademik dan kualiti yang menunjukkan bahawa pemohon mungkin menjadi salah seorang pelajar yang cemerlang.
  • Mempunyai kualiti dan menunjukkan berkepimpinan tinggi.
  • Pencapaian dalam aktiviti bukan kurikulum termasuk sukan.
  • Penglibatan dan aktiviti kemasyarakatan.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://sites.google.com/tsllsfoundation.org/tsllsf/home.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai biasiswa yayasan ini, sila layari laman web https://sites.google.com/tsllsfoundation.org/tsllsf/home.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: