Permohonan Biasiswa Top Glove Foundation 2022

Pelajar prasiswazah dan pasca siswazah yang sedang melanjutkan pengajian di IPT dan berminat untuk mendapatkan biasiswa, mereka boleh membuat permohonan menerusi Biasiswa Top Glove Foundation 2022.

Untuk makluman, Yayasan Top Glove telah diwujudkan secara rasmi pada 14 Jun 2009 dengan tujuan untuk menyediakan dana bagi tujuan amal, pendidikan dan aktiviti berkaitan alam sekitar dan komuniti.

Salah satu dana yang disediakan di bawah pendidikan adalah Biasiswa Top Glove Foundation yang menawarkan biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan yang mengikuti kursus ijazah sepenuh masa iaitu prasiswazah dan pasca siswazah di universiti awam tempatan.

Permohonan biasiswa ini boleh dibuat secara atas talian sehingga 31 Mei 2022.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Kejuruteraan/Sains
  • Kejuruteraan Mekatronik
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Pembuatan
  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Kejuruteraan Awam
  • Kimia/Bio Kimia/Fizik/Matematik
  • Sains Polimer/Sains Gunaan
  • Pengurusan perniagaan
  • Perakaunan, Perdagangan dan Kewangan
  • Statistik/Matematik
  • Pemasaran/E-Dagang
  • Ekonomi
  • Sains dan Teknologi Komputer
  • Sumber Manusia
  • Pentadbiran/Pengurusan Perniagaan

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Telah diterima masuk di mana-mana universiti awam dalam negara.
  3. Pemohon tidak memegang biasiswa/pinjaman lain daripada mana-mana perbadanan atau badan kerajaan lain.
  4. Pemohon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum atau sukan serta mempunyai bakat kepimpinan yang baik.
  5. Pemohon mestilah dalam keadaan sihat dan fizikal yang tegap
  6. Pemohon mestilah mendapat keputusan akademik yang baik:
    – 9A dalam SPM di dalam mata pelajaran yang berkaitan.
    – Mendapat CGPA 3.5 dan ke atas di peringkat Matrikulasi/STPM/Asasi/A-Levels

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1eqi2w9FHS7r_QMJg-ou8Xo5pRKZfKK48/view?fbclid=IwAR36Hu6Mmk78kv7fxxoXvstAtwmUzmDz51tjQ-C1e32ljy6OGbaxL_lsM30.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar ke semua dokumen ke alamat berikut:

    Level 21, Top Glove Tower,
    16, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam,
    Seksyen U13,
    40170 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Gambar berukuran passport.
  2. Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
  3. Salinan sijil akademik, kokurikulum, dan transkrip.
  4. Salinan sijil pencapaian akademik/anugerah.
  5. Salinan surat tawaran kemasukan ke universiti.
  6. Testimoni (jika ada).

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Top Glove Foundation 2022, sila hubungi Yayasan Top Glove di talian 03-3362 3098.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: