Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2023

Yayasan Bursa Malaysia telah membuka permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia untuk tahun 2023 kepada pelajar yang berminat.

Untuk makluman, Yayasan Bursa Malaysia telah menyediakan biasiswa penuh untuk pelajar dari latar belakang yang kurang berkemampuan untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) terpilih dalam negara sejak 2006.

Permohonan boleh dibuat dengan segera dan tarikh tutup permohonan ialah pada 6 Oktober 2023.

Kursus Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2023

Pelajar yang menyambung pengajian dalam kursus berikut layak memohon:

  • Akaun/kewangan
  • Ekonomi
  • Pentadbiran perniagaan
  • Undang-undang
  • Lestari (Sustainability)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysua berumur 22 tahun ke bawah pada tarikh permohonan.
  2. Pendapatan keluarga kurang daripada RM5,000 sebulan.
  3. Layak melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti awam terpilih.
  4. Kelayakan pengajian:
    – STPM minimum 2A dan 2B
    – A-Level minimum 2A dan 2B; atau
    – Matrikulasi dengan CGPA 3.50 ke atas; dan
    – MUET sekurang-kurangnya band 4
    – Kredit Matematik dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau O-Level.
  5. Aktif di dalam ko-kurikulum atau sukan serta berdaya kepimpinan.
  6. Berpewatakan menarik.

Cara Memohon Yayasan Bursa Malaysia 2023

Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan berikut https://docs.google.com/document/d/1BTxdTRzIOZO_iCxeOrr8dfu1igkXU6yf/edit?fbclid=IwAR1g0V_LpwlYaFBpmIC4rp1jBuF5TyVvMVSVjlfrq3zPQoV6UwfM_5xZAjM&pli=1
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  4. Hantar borang permohonan ke alamat emel [email protected] atau ke alamat berikut:

    Bursa Malaysia Berhad, Yayasan Bursa Malaysia
    11th Floor, Exchange Square,
    Bukit Kewangan,
    50200 Kuala Lumpur.

Pertanyaan Lanjut Berkaitan Yayasan Bursa Malaysia 2023

Segala persoalan atau pertanyaan lanjut berhubung biasiswa ini, sila ajukan kepada En. Nurul Azmir di talian 03 -2034 7409.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: