Permohonan Biasiswa Yayasan Hong Leong 2022

Yayasan Hong Leong telah menawarkan biasiswa kepada individu yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda menerusi Biasiswa Yayasan Hong Leong 2022.

Yayasan ini telah ditubuhkan pada tahun 1992 yang dibiayai oleh Kumpulan Hong Leong yang mana antara tujuan utama yayasan ini ditubuhkan adalah memperkasakan orang ramai untuk menjalani kehidupan dan kualiti hidup yang lebih baik.

Salah satu usaha bagi membantu orang ramai yang memerlukan adalah melalui pendidikan menerusi biasiswa ini bagi membantu pelajar daripada golongan berpendapatan rendah.

Oleh itu, pelajar yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian sebelum 30 Jun 2022.

Jumlah Biasiswa

Jumlah biasiswa yang akan diterima pelajar yang layak adalah seperti berikut:

  • Kursus prasiswazah di Universiti Awam: RM8,500.00
  • Kursus Diploma/Diploma Lanjutan di Universiti Awam & Swasta tempatan: RM6,000.00
  • Pengajian prasiswazah di universiti swasta tempatan (program ijazah “3+0” secara sepenuh masa dan di kampus): sehingga RM24,000.00
  • Kursus Perubatan/Pergigian di Universiti Swasta tempatan: sehingga RM32,000.00.

Pelajar Tidak Layak Memohon

Pelajar yang dalam peringkat pengajian ini tidak layak memohon iaitu:

  • Kursus persediaan untuk universiti atau kolej (contohnya: pengajian asas pra-universiti atau pra-kolej dan/atau program).
  • Program berkembar antarabangsa.
  • Peringkat Sarjana atau PhD atau mana-mana program pascasiswazah yang lain.

Syarat Permohonan

Permohonan biasiswa ini perlu memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah sekurang-kurangnya berumur 17 tahun dan di bawah umur 25 tahun.
  3. Mendapat keputusan akademik minimum:
    – 8A dalam SPM atau 6A dalam UEC; dan/atau
    – PNGK 3.5 dalam STPM/Matrikulasi/A-Level/Asasi/Diploma/Ijazah
  4. Tawaran pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mestilah dalam mana-mana kursus di mana-mana institusi tempatan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (http://bit.do/MalaysianQualificationsAgency).
  5. Jumlah pendapatan isi rumah bulanan mestilah RM 5,000 dan ke bawah.
  6. Menyertakan keperluan kewangan yang sebenar untuk melanjutkan pelajaran.
  7. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menunjukkan kualiti kepimpinan yang cemerlang dalam aktiviti kurikulum dan/atau sukan; dan/atau yang terlibat secara aktif dalam khidmat masyarakat.
  8. Orang Kurang Upaya (OKU) digalakkan untuk memohon.

Cara Memohon

Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan permohonan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScGhqaeg1g6mziJLDqPx3auZJIC1Pl0MDTHaHtVJQYvfKEUJA/viewform?fbclid=IwAR3USnn_N7h4ekwswQIA0euGQEWAnc8dR62XvjRs9FN8YTsH5Nre36TuOos&fbzx=5693516186528994821.
  2. Klik butang ‘Next.’
  3. Isi semua maklumat permohonan yang diperlukan.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Keputusan peperiksaan terkini.
  2. Jumlah pendapatan bulanan isi rumah.
  3. Salinan kad pengenalan ibu bapa atau penjaga.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Hong Leong 2022, sila layari laman web https://hongleongcsr.org/index.php/hong-leong-foundation/education/scholarships/undergraduate-scholarship.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: