Permohonan Biasiswa Yayasan Jasa Ann Joo

Yayasan Jasa Ann Joo membuka permohonan biasiswa bagi pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda iaitu Biasiswa Yayasan Jasa Ann Joo.

Yayasan Jasa Ann Joo merupakan yayasan yang telah ditubuhkan pada April 2018 untuk menaja pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam bidang Teknikal/Kejuruteraan, Perakaunan/Kewangan, Sains Gunaan dan Sains Komputer/Teknologi Maklumat di universiti tempatan/institusi TVET.

Tujuannya adalah untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam kalangan masyarakat di dalam bidang pendidikan.

Permohonan dibuat melalui borang permohonan yang disediakan sebelum 15 Oktober 2022.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 23 tahun pada tahun permohonan.
  2. Pemohon telah mengikuti pengajian sepenuh masa bagi tahun 2 dan ke atas dalam jurusan kejuruteraan di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
  3. Bidang pengajian hanya terhad kepada program:
    – Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan kepujian (BEV)
    – Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan kepujian (BDD)
  4. Mahir berbahasa Inggeris dan mempunyai kemahiran berkomunikasi, bersifat positif & memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik.
  5. Memiliki Keputusan Peperiksaan minimum CGPA 3.0 pada tahun permohonan.
  6. Pemohon mestilah aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan sukan.
  7. Pemohon tidak menerima sebarang biasiswa/pinjaman atau terikat dengan mana-mana syarikat/ yayasan dan badan kerajaan yang lain.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Ann Joo Group http://www.annjoo.com.my
  2. Pilih bahagian “Scholarships” pada laman utama
  3. Muat turun borang permohonan.
  4. Lengkapkan borang permohonan dengan betul.
  5. Hantar borang permohonan yang lengkap melalui emel ke [email protected]

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Jasa Ann Joo, sila layari laman web http://www.annjoo.com.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: