Permohonan Biasiswa Yayasan KLK 2023

Yayasan KLK yang merupakan sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) telah membuka tawaran biasiswa kepada Warganegara Malaysia yang sedang belajar di mana-mana Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia menerusi Biasiswa Yayasan KLK 2023.

Untuk makluman, KLK merupakan sebuah syarikat peladangan yang telah ditubuhkan sejak 1906 dan disenaraikan dalam pasaran saham Bursa Malaysia.

Menerusi yayasan yang ditubuhkan ini, mereka turut menawarkan biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan yang sedang melanjutkan pengajian di IPT di dalam negara.

Selepas pelajar menamatkan pengajian, mereka berpeluang untuk ditawarkan pekerjaan di syarikat ini atau dalam unit perniagaan yang lain.

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan dari 1 Ogos sehingga 6 Oktober 2023.

Jumlah Biasiswa

Pemohon bagi kursus Ijazah Sarjana Mudayang berjaya diberikan geran tahunan sepanjang tempoh minimum kursus mereka, seperti berikut:

  • Institusi Awam – RM 13,000 setiap tahun akademik.
  • Institusi Swasta – RM 20,000 setiap tahun akademik.

Bidang Pengajian

Pelajar yang mengambil bidang pengajian berikut akan diutamakan bagi menerima biasiswa ini:

  • Sains Pertanian, Kejuruteraan Biosistem Pertanian, Perhutanan, Sains Hortikultur, Biologi Tumbuhan, Pengurusan Perladangan, Sumber Tumbuhan atau bidang berkaitan.
  • Kejuruteraan (Awam, Kimia, Mekanikal, Elektrik dan Instrumentasi).
  • Perakaunan atau Kewangan.
  • Teknologi Maklumat (Sains Komputer, Kejuruteraan Perisian atau setara).
  • Kelestarian (Pengurusan Alam Sekitar, Sains & Teknologi Alam Sekitar atau bidang berkaitan).

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Boleh bertutur dan menulis bahasa Inggeris.
  3. Aktif dalam aktiviti kokurikulum
  4. Mendapat tawaran daripada institusi pengajian tinggi
  5. Tidak terikat sebarang biasiswa lain atau menerima bantuan daripada mana-mana organisasi
  6. Bon 3 tahun bersama Kumpulan KLK di mana-mana penempatan selepas tamat pengajian.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan berikut https://www.klk.com.my/wp-content/uploads/2020/06/YKLK-Scholarship-Application-Form-2020-21.06.20.pdf
  2. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Imbas dan email borang permohonan yang lengkap dengan sijil yang berkaitan cth. SPM, STPM (atau setaraf) dan surat tawaran institusi kepada [email protected]; atau
  4. Poskan borang permohonan yang lengkap dengan sijil berkaitan cth. SPM, STPM (atau setaraf) dan surat tawaran institusi ke alamat berikut:

    Permohonan Biasiswa Yayasan KLK,
    Kuala Lumpur Kepong Berhad,
    Wisma Taiko, No 1,
    Jalan S.P Seenivasagam,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa KLK, sila layari laman web https://www.klk.com.my/yayasan-klk-scholarship/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: