Permohonan Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2023

Yayasan Lion-Parkson telah membuka tawaran biasiswa kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi menerusi Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2023.

Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2023 diberikan kepada pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian di peringkat pengajian tinggi.

Matlamat biasiswa ini diwujudkan adalah untuk melahirkan kumpulan profesional muda Malaysia yang berkaliber tinggi dan berkemahiran untuk meningkatkan potensi mereka menjadi peneraju perniagaan dan industri bagi masa depan Malaysia.

Bagi pemohon yang berminat, permohonan telah dibuka sekarang sehingga 31 Ogos 2023.

Tawaran Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2023

Tawaran biasiswa ini merangkumi:

  • Tajaan penuh atau separa untuk ijazah (tertakluk kepada jumlah yuran pengajian maksimum standard bagi setiap sarjana).
  • Latihan merangkumi kemahiran komunikasi dan kepimpinan semasa cuti semester.
  • Internship berstruktur semasa cuti semester.
  • Peluang untuk bekerja dengan Lion Group selepas tamat pengajian.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Perakaunan
  • Pengajian Perniagaan/ Perdagangan
  • Pentadbiran Korporat
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pengurusan Runcit
  • Kejuruteraan
  • Sains Komputer/Teknologi Maklumat
  • Hartanah/ Hartanah/Pengurusan Bangunan/Ukur Bahan

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah mendapat sekurang-kurangnya:
    – 3 A dan 1 B dalam STPM
    – PNGK 3.40 dan ke atas dalam Matrikulasi atau peringkat Diploma
    – Minimum 5A dalam UEC
    – Minimum 1A dan 2 B bagi peringkat A-Levels
    – Pemarkahan 85% dan ke atas bagi peringkat Matrikulasi
  2. Cemerlang dalam sukan dan aktiviti ko-kurikulum.
  3. Pemohon tidak boleh terikat atau menerima sebarang bentuk bantuan kewangan atau tajaan daripada institusi atau organisasi pendidikan lain.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://lionind.com.my/lpfscholarship/Home/Application.
  2. Klik bahagian ‘Click Here to Apply.’
  3. Klik bahagian ‘Not Register Yet? Click Here.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Register.’
  5. Login dengan memasukkan nama penuh dan no kad pengenalan.
  6. Lengkapkan permohonan sehingga selesai.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Lion-Parkson 2023, sila layari laman web https://lionind.com.my/lpfscholarship

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: