Permohonan Biasiswa Yayasan PEKEMA (Khusus Pelajar UPM)

Yayasan PEKEMA dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) ingin memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang layak untuk memohon Biasiswa Yayasan PEKEMA Peringkat Bacelor bagi pengambilan sesi 2024/2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa ini.

Mengenai Yayasan PEKEMA

Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) merupakan persatuan yang terdiri daripada syarikat-syarikat pengimport dan peniaga kenderaan Melayu.

Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1981 apabila syarikat dan peniaga ini telah bersepakat menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia atau dikenali dengan singkatan nama PEKEMA.

Tujuan utama persatuna ini ditubuhkan adalah untuk memajukan dan meningkatkan taraf ekonomi Bumiputera melalui perdagangan kenderaan terutamanya kereta import berjenama luar negara.

Bermula dengan 48 syarikat ahli, PEKEMA terus berkembang, dan kini jumlah keahliannya mencecah 246 syarikat.

Selepas daripada penubuhannya, PEKEMA kemudiannya mengorak langkah menubuhkan Yayasan PEKEMA bagi membantu mereka yang memerlukan termasuklah pemberian biasiswa.

Pengenalan Biasiswa Yayasan PEKEMA

Biasiswa diperkenalkan hasil daripada kerjasama yang terjalin antara Yayasan PEKEMA dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Biasiswa ini diwujudkan untuk membantu pelajar yang berpotensi, yang memiliki pencapaian akademik yang baik dan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi.

Ini terutamanya bagi menyokong pelajar cemerlang daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) dalam meneruskan pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda.

Program biasiswa ini dijangka menjadi pemangkin untuk pelajar mencapai kejayaan akademik, sekali gus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Ini dapat membentuk generasi muda yang berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Tarikh Permohonan Biasiswa

Permohonan biasiswa ini dibuka sehingga 30 November 2024.

Jumlah Biasiswa

Jumlah biasiswa yang akan diberikan berjumlah RM30,000 bagi menampung kos pengajian selama empat tahun di UPM.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pelajar adalah warganegara Malaysia.
  2. Terbuka kepada pelajar-pelajar bacelor tahun kedua semester pertama sesi 2024/2025.
  3. Pelajar terdiri daripada bidang pengajian:
    – Bacelor Perakaunan (Kepujian)
    – Bacelor Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)
  4. Pelajar mempunyai PNGK sekurang-kurangnya 3.00 keatas.
  5. Pelajar terdiri daripada golongan B40/asna.
  6. Pelajar sekurang-kurangnya pernah terlibat dalam aktiviti kokurikulum di UPM.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat seperti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan borang permohonan https://cdn2.me-qr.com/pdf/727a9626-3abe-46f4-8841-2ede3e077334.pdf.
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Lengkapkan borang permohonan dan dokumen sokongan.
  4. Hantar borang permohonan yang telah disahkan bersama dokumen sokongan ke alamat yang tertera atau emel kepada:

    [email protected]
    Urusetia Biasiswa
    BIASISWA YAYASAN PEKEMA (Peringkat Bacelor)

Pertanyaan Lanjut

Jika mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan lanjut mengenai permohonan, sila hubungi Encik Aiman Fikri Mohd Aris Fadzilah di talian 03-9769 1260.

Baca juga: Permohonan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang 2024

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: