biasiswa-yayasan-sarawak

Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak & Biasiswa Sarawak

Yayasan Sarawak dan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) telah menawarkan 2 biasiswa untuk dipohon oleh anak-anak Sarawak iaitu Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib dan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman untuk ambilan sesi 2022/2023.

Biasiswa Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib adalah ditawarkan kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam jurusan Kursus STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik.

Manakala Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman ditawarkan kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam jurusan kursus selain daripada STEM.

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 29 Julai 2022.

Syarat Asas

Syarat asas yang ditetapkan bagi permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Anak jati Sarawak (sama ada ibu atau bapa atau kedua-dua sekali anak kelahiran Sarawak).
  2. Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara sepenuh masa di mana-mana Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf di dalam negara sahaja. Pemohon mesti telah menerima surat kemasukan ke institusi.
  3. Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara sepenuh masa di mana-mana 10 Institut Pengajian Tinggi (IPT) terungguk di dunia. Pemohon mesti telah menerima surat kemasukan ke institusi.
  4. Untuk Ijazah Pertama, permohonan penajaan adalah di IPT dalam negara sahaja.
  5. Untuk Ijazah Lanjutan, permohonan penajaan adalah di IPT dalam negara dan luar negara (10 IPT terbaik dunia sahaja).

Syarat Khusus

Syarat khusus yang ditetapkan adalah pemohon yang sedang mengikuti pengajian ATAU pemohon yang telah
diterima masuk ke institusi pengajian tinggi perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:

i) Ijazah Pertama:

  1. Pemohon mestilah memperoleh subjek Bahasa Melayu kepujian (kredit) dalam peperiksaan SPM dan yang setaraf dengannya.
  2. Pemohon memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya/Diploma/Matrikulasi/Asasi/Foundation/A-Level dan yang setaraf dengannya.

ii) Ijazah Lanjutan

  1. Memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Ijazah Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa Ijazah Pertama atau Sarjana.

iii) Kriteria Tambahan

  1. Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.
  2. Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan.
  3. Perkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepimpinan, kemahiran dan kreativiti.

Pemohon Tidak Layak Memohon

Pemohon yang tidak layak memohon adalah seperti:

  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  2. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi, Asasi Sains/Pra-Universiti/Foundation.
  3. Pelajar-pelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa.
  4. Pelajar-pelajar yang masih terikat dengan mana-mana badan penajaan.
  5. Pelajar-pelajar yang tiada surat pelepasan/kelulusan majikan.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib dan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman, sila hubungi Seksyen Biasiswa di talian (082) 441686.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top