Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu Dalam Negara 2021

biasiswa-yayasan-terengganu

Yayasan Terengganu telah membuka tawaran biasiswa kepada anak-anak Negeri Terengganu yang akan menyambung pengajian dalam negara menerusi Biasiswa Yayasan Terengganu Pengajian Dalam Negara 2021.

Tawaran biasiswa ini dibuka kepada pelajar yang akan menyambung pengajian ke peringkat berikut:

  • Program Perkakaunan Professional ACCA Kohort 2
  • Sarjana (Masters) dan Doktor Falsafah (PhD) Kohort 2

Pemberian biasiswa ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar anak Terengganu yang akan menyambung pengajian mereka terutamanya mereka yang datang daripada keluarga golongan B40.

Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu ini boleh dibuat mulai 1 hingga 10 Oktober 2021.

Syarat Umum

Syarat umum yang perlu dipenuhi bagi pemohon yang ingin memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  2. Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  3. Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  4. Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah iaitu B40.

Syarat Khusus

Syarat khusus pula adalah tertakluk kepada peringkat pengajian yang diambil pemohon iaitu:

i) Program Perakaunan Professional ACCA

Bagi lepasan ijazah, syarat khusus yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda Perakaunan atau yang setaraf dari IPT yang diiktiraf dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00.
  2. Pemohon berumur tidak lebih dari 28 tahun (Sepenuh masa) dan 32 tahun (separuh masa)
  3. Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian sembilan (9) subjek ACCA

Bagi lepasan Certified Accounting Technician (CAT)/Matrikulasi JPPro, syarat-syarat khusus yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Mendapat sekurang-kurangnya markah 65 pada peringkat CAT/JPPro.
  2. Pemohon berumur tidak lebih daripada 21 tahun.
  3. Pemohon telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 3 subjek ACCA.

Pemohon lepasan Diploma Perakaunan pula perlu memenushi syarat khusus berikut iaitu:

  1. Pemohon mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 Diploma Perakaunan dari IPT yang diiktiraf, kepujian Gred A dalam subjek Matematik  dan sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
  2. Pemohon berumur tidak lebih daripada 22 tahun.
  3. Pemohon telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 3 subjek ACCA.

ii) Program Sarjana

Bagi pemohon biasiswa yang ingin memohon bagi program sarjana, syarat khusus yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara) dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 atau setaraf.
  2. Telah mendapat tawaran dan telah mendaftar di universiti-universiti awam dalam negara.
  3. Pengajian sepenuh masa dan tidak bekerja.
  4. Pemohon berumur tidak melebihi 28 tahun semasa memohon.
  5. Untuk pemohon dari mod penyelidikan, pertimbangan hanya akan diberikan kepada calon yang telah melepasi peringkat Proposal Defence.

iii) Program PhD

Pemohon bagi program PhD pula perlu memenuhi syarat khusus iaitu:

  1. Lulus Ijazah Sarjana (mod penyelidikan) atau sekurang-kurangnya CGPA 3.50 (mod kerja kursus atau campuran) dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara).
  2. Lulus Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara) dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00 (bidang Iktisas) dan 3.50 (bukan iktisas) atau setaraf.
  3. Pemohon telah mendapat tawaran dan telah mendaftar di universiti-universiti awam dalam negara.
  4. Pengajian mestilah dalam sepenuh masa dan pemohon tidak bekerja.
  5. Pemohon berumur tidak melebihi 32 tahun semasa memohon.
  6. Pertimbangan hanya akan diberikan kepada calon yang telah melepasi peringkat Proposal Defence.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://ytklik.terengganu.gov.my/ atau http://ytpenajaan.terengganu.gov.my/login.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Akaun.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan serta klik butang ‘Log Masuk.’
  5. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  6. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

Adalah diingatkan penawaran biasiswa/pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kuota, merit, temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan dan Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Yayasan Terengganu, sila hubungi pihak Yayasan Terengganu di talian 09-6221733.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
fly2campus

Fly2Campus: Sistem Penyelarasan Pulang Pelajar Menerusi Penerbangan

Next Post
kemasukan-smak-negeri-perak

Permohonan Kemasukan Tingkatan Satu SMAK Negeri Perak 2022

Related Posts