Permohonan Biasiswa Yayasan TM Future Leaders 2022

Yayasan TM mempelawa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dan lepasan Matrikulasi/Diploma/Pra-Universiti/Asasi untuk memohon Biasiswa Yayasan TM Future Leaders 2022.

Biasiswa Yayasan TM Future Leaders 2022 menawarkan biasiswa dan bantuan kewangan untuk 200 penempatan dalam negara dan 30 antarabangsa.

Menerusi biasiswa ini juga, pelajar akan menjalani Program Pembangunan Berstruktur yang direka khas untuk membentuk individu yang lebih holistik dan menyeluruh serta melengkapkan pemegang biasiswa dengan kemahiran masa hadapan di dalam kedua-dua bidang digital dan kebolehpasaran.

Pemohon yang berminat memohon biasiswa ini boleh membuat permohonan sehingga 30 Jun 2022.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Teknologi Maklumat dan Digital
  • Multimedia Kreatif/Seni Sinematik
  • Kejuruteraan
  • Pengurusan
  • Pensijilan Profesional (contoh: ACCA)

Institusi Pengajian

Pelajar yang akan menyambung pengajian di institusi pengajian berikut layak memohon:

i) Lepasan SPM 2021

  • Institusi terpilih untuk program luar negara.
  • Multimedia University
  • IPTS terpilih untuk Pensijilan Profesional.

ii) Lepasan Matrikulasi/Diploma/Pra-Universiti/Asasi

  • Multimedia University
  • Universiti Awam (UA)

Syarat Am

Syarat am yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan.
  2. Pemohon tidak boleh mempunyai adik beradik yang pernah menerima Biasiswa YTM di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  3. Pemohon dan kedua ibu bapa mestilah warganegara Malaysia.
  4. Pemohon pada masa ini tidak menerima sebarang bentuk bantuan kewangan pendidikan daripada sumber lain.

Syarat Kelayakan

Pemohon yang ingin memohon biasiswa ini perlu memenuhi syarat kelayakan berikut iaitu:

i) Pengajian Luar Negara

  1. Warganegara Malaysia dan mempunyai keadaan kesihatan yang baik.
  2. Mendapat sekurang-kurangnya 8A dalam SPM 2021.
  3. Tidak melebihi umur 21 tahun pada Disember 2022.
  4. Aktif dalam aktiviti kokurikulum.

ii) Pengajian Dalam Negara

  1. Warganegara Malaysia dan mempunyai keadaan kesihatan yang baik.
  2. Mendapat sekurang-kurangnya 6A untuk SPM 2021 atau PNGK 3.0 atau setara untuk keputusan terkini.
  3. Tidak melebihi umur 23 tahun pada Disember 2022.
  4. Aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Cara Memohon

Pemohon boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan bit.ly/YTMscholarship2022.
  2. Klik butang ‘Apply Now.’
  3. Klik butang ‘Permohonan Baru.’
  4. Pilih biasiswa yang ingin dipohon.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  6. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanju mengenai Yayasan TM Future Leaders 2022, sila hantar email ke alamat [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *