Permohonan Biasiswa Yayasan TRC 2024 (Diploma)

Yayasan TRC telah membuka tawaran Biasiswa Yayasan TRC 2024 kepada pelajar-pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang sedang melanjutkan pengajian di universiti terbabit di peringkat Diploma.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkara ini.

Mengenai Biasiswa Yayasan TRC

Biasiswa ini merupakan biasiswa yang diwujudkan di bawah Yayasan TRC bagi membantu pelajar daripada keluarga berpendapata rendah.

Yayasan TRC telah ditubuhkan pada 2011 di bawah TRC Synergy Berhad untuk menyediakan bantuan termasuklah biasiswa kepada pelajar yang layak.

Bagi pelajar UTHM yang ingin memohon biasiswa ini, mereka boleh berbuat demikian sebelum 18 Ogos 2024.

Program Layak Memohon Biasiswa Yayasan TRC

Program yang layak memohon adalah seperti berikut:

i) Diploma

  • Diploma Kejuruteraan Awam

Kriteria Pemilihan

Kriteria pemilihan bagi permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah dikalangan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
  2. Pemohon merupakan pelajar yang mengikuti pengajian sepenuh masa.
  3. Pemohon mestilah daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
  4. Pemohon tidak menerima sebarang tajaan daripada mana-mana organisasi atau syarikat lain semasa program pengajian berlangsung.

Terma & Syarat

Terma dan syarat bagi biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon yang berjaya kelak mesti memperolehi keputusan yang cemerlang iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.50 dan ke atas. Sekiranya pelajar gagal mengekalkan PNGK yang telah ditetapkan, Yayasan TRC mengikut budi bicara sepenuhnya akan menggantung biasiswa untuk semester berikutnya sehingga pelajar mencapai PNGK 3.50 dan ke atas pada semester seterusnya.
  2. Pemohon yang berjaya kelak tidak dibenarkan menangguhkan pengajian kecuali atas sebab yang munasabah seperti faktor kesihatan dan tertakluk kepada budi bicara jawatankuasa penaja.
  3. Sepanjang tempoh Program Biasiswa, pelajar tidak dihalang untuk menukar kursus pengajian mereka selagi mana ia selaras dengan Industri Pembinaan.

Tatacara Permohonan Biasiswa Yayasan TRC 2023

Tatacara permohonan boleh dirujuk menerusi langkah-langkah di bawah:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://forms.gle/S5d9dWxV3vHHjy6d7.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik “Submit” untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan surat tawaran institusi pengajian yang telah disahkan.
  2. Salinan kad pengenalan pelajar yang telah disahkan.
  3. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa yang telah disahkan.
  4. Salinan surat beranak pelajar yang telah disahkan.
  5. Salinan keputusan peperiksaan semester pelajar.
  6. Salinan slip gaji ibu/bapa/penjaga atau surat pengesahan pendapatan yang telah disahkan oleh Ketua Kampung/Penghulu.
  7. Salinan sijil kematian ibu dan bapa (Jika berkaitan).
  8. Salinan sijil penceraian ibu dan bapa (Jika berkaitan).
  9. Salinan penyata akaun bank RHB.
  10. Salinan kad Orang Kurang Upaya (OKU) (Jika berkaitan).
  11. Senarai tanggungan keluarga yang terkini dan telah disahkan oleh Ketua Kampung/Penghulu.
  12. Dokumen sokongan lain yang menyokong permohonan ini.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Yayasan TRC, sila hubungi:

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: