Yayasan TRC telah membuka tawaran Biasiswa Yayasan TRC kepada pelajar-pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang sedang melanjutkan pengajian di universiti terbabit.
Untuk makluman, Yayasan TRC telah ditubuhkan pada 2011 di bawah TRC Synergy Berhad untuk menyediakan bantuan termasuklah biasiswa kepada pelajar yang layak.
Pelajar UTHM yang ingin memohon biasiswa ini boleh berbuat demikian sebelum 23 Oktober 2022.
Program Layak Memohon
Program yang layak memohon adalah seperti:
- Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
– Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) Dengan Kepujian - Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina
– Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian
– Sarjana Muda Sains Senibina - Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
– Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dengan Kepujian - Fakulti Teknologi Kejuruteraan
– Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Perkhidmatan Bangunan) Dengan Kepujian
– Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Pembinaan) Dengan Kepujian
– Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pengangkutan Rel Dengan Kepujian
Kriteria Pemilihan
Kriteria pemilihan bagi permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah dikalangan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
- Pemohon merupakan pelajar yang mengikuti pengajian sepenuh masa.
- Pemohon mestilah daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
- Pemohon tidak menerima sebarang tajaan daripada mana-mana organisasi atau syarikat lain semasa program pengajian berlangsung.
Terma & Syarat
Terma dan syarat bagi biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Pemohon yang berjaya kelak mesti memperolehi keputusan yang cemerlang iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.50 dan ke atas. Sekiranya pelajar gagal mengekalkan PNGK yang telah ditetapkan, Yayasan TRC mengikut budi bicara sepenuhnya akan menggantung biasiswa untuk semester berikutnya sehingga pelajar mencapai PNGK 3.50 dan ke atas pada semester seterusnya.
- Pemohon yang berjaya kelak tidak dibenarkan menangguhkan pengajian kecuali atas sebab yang munasabah seperti faktor kesihatan dan tertakluk kepada budi bicara jawatankuasa penaja.
- Sepanjang tempoh Program Biasiswa, pelajar tidak dihalang untuk menukar kursus pengajian mereka selagi mana ia selaras dengan Industri Pembinaan.
Tatacara Permohonan
Tatacara permohonan boleh dirujuk menerusi langkah-langkah di bawah:
- Layari pautan permohonan https://forms.gle/YjNTP49gBd3RCJg37.
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Klik “Submit” untuk menghantar permohonan.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Yayasan TRC, sila hubungi:
- Pn. Suhailah: 07-456 4008/[email protected]
- En. Muhaimin: 07- 4533455/[email protected]
- En. Malek: 07- 456 3438/[email protected]
- En. Zamir: 07- 456 4111/[email protected]