Permohonan Biasiswa Yayasan UMP Program Sarjana

Pelajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi program Sarjana sama ada penyelidikan/kerja kursus/mod campuran boleh memohon biasiswa yang ditawarkan menerusi Biasiswa Yayasan UMP.

Yayasan UMP telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2016 oleh Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah Sultan Pahang ke 5.

Yayasan ini ditubuhkan bagi mengumpul dan mengurus dana daripada orang ramai, syarikat dan institusi bagi kegunaan kebajikan mahasiswa UMP serta membiayai program pendidikan, kemasyarakatan dan menyediakan kemudahan pembelajaran tambahan yang digunakan oleh pelajar dan universiti.

Justeru, pelajar program Sarjana di universiti terbabit yang berminat untuk memohon biasiswa ini boleh membuat permohonan sebelum 31 Mei 2022.

Program Pengajian

Program pengajian untuk pelajar yang ingin memohon mestilah bagi pengajian sepenuh masa sahaja.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk pelajar memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

i) Penyelidikan

  1. Skim ini diberikan kepada pelajar tempatan sarjana secara penyelidikan dan Mod Pengajian secara sepenuh masa yang diberikan keutamaan kepada golongan B40.
  2. Keutamaan akan diberikan kepada penyelidikan yang berkaitan dengan pendigitalan, pembangunan teknologi baharu atau pembangunan produk baharu.
  3. Pelajar yang mendapat skim ini tidak dibenarkan menerima biasiswa atau pembiayaan lain. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
    – Pelajar kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.
    – Pelajar kategori kakitangan swasta dan pensyarah IPTS boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.
  4. Pelajar yang sedang dalam pengajian layak memohon biasiswa ini jika masih mempunyai baki pengajian yang layak ditaja sekurang-kurangnya 6 bulan.
  5. Tempoh tajaan biasiswa ini bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran bagi pelajar yang belum memulakan pengajian.
  6. Jika pelajar memohon biasiswa di akhir sesuatu semester, pelajar akan ditaja mulai semester berikutnya.

ii) Kerja Kursus dan Mod Campuran

  1. Skim ini diberikan kepada pelajar tempatan sarjana secara Kerja Kursus atau Mod Campuran dan pengajian secara sepenuh yang diberikan keutamaan kepada golongan B40.
  2. Keutamaan akan diberikan kepada penyelidikan yang berkaitan dengan pendigitalan, pembangunan teknologi baharu atau pembangunan produk baharu.
  3. Pelajar yang mendapat skim ini tidak dibenarkan menerima biasiswa atau pembiayaan lain. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
    – Pelajar kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.
    – Pelajar kategori kakitangan swasta dan pensyarah IPTS boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.
  4. Pelajar yang sedang dalam pengajian layak memohon biasiswa ini jika masih mempunyai baki pengajian yang layak ditaja sekurang-kurangnya 12 bulan.
  5. Tempoh tajaan biasiswa ini bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran bagi pelajar yang belum memulakan pengajian.
  6. Jika pelajar memohon biasiswa di akhir sesuatu semester, pelajar akan ditaja mulai semester berikutnya.

Cara Memohon

Pelajar boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Sila layari pautan permohonan berikut iaitu:
    – Penyelidikan: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSclHDhrpeqYrHY95IF5f7yaCX0iC1j3rAvnERGZfyAg2Xe8SA/viewform
    – Kerja Kursus & Mod Campuran: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdcGN1qJvvXVVsSVijvhNTIJaXqMdGOb2OIyzlhFKEWcR3aKQ/viewform
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  3. Klik butang ‘Next’ pada setiap paparan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan ini dijangka akan diumumkan selepas 45 hari dari tarikh tutup permohonan.

Mana-mana pemohon yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh 45 hari dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Yayasan UMP boleh dibuat dengan menghubungi pihak IPS di talian 09-431 6958/6779 atau email ke [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: