Biasiswa YB Menteri Pendidikan Tinggi – Atlet Cemerlang IPT 2025

Atlet yang cemerlang dalam bidang sukan dan ingin meneruskan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dialu-alukan memohon Biasiswa YB Menteri Pendidikan Tinggi-Atlet Cemerlang IPT 2025.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa ini.
Mengenai Biasiswa YB Menteri Pendidikan Tinggi
Biasiswa YB Menteri Pendidikan Tinggi-Atlet Cemerlang IPT adalah salah satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.
Tawaran tajaan biasiswa ini terbuka kepada semua atlet Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan yang bergiat aktif dalam sukan.
Selain itu, tajaan ini juga merupakan peluang dan galakan kepada atlet untuk terus bergiat aktif dalam sukan disamping meneruskan pengajian di IPT.
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka secara atas talian pada 15 hingga 28 Mei 2025.
Elaun & Kemudahan
Elaun dan kemudahan yang ditawarkan menerusi biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT.
- Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihan amali/ kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
- Elaun Insentif Pencapaian Sukan (EIPS) mengikut kategori yang ditetapkan.
Kategori | Jumlah |
Kategori 1 | RM12,000 setahun/RM1,000 sebulan |
Kategori 2 | RM6,000 setahun/RM500 sebulan |
Kategori 3 | RM3,000 setahun/RM250 sebulan |
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh atlet yang ingin memohon adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi :
– 25 tahun – Diploma / 30 tahun – Ijazah Sarjana Muda) / 45 tahun – Ijazah Lanjutan (Sarjana / PhD) - Pengajian sepenuh masa dalam bidang yang diiktiraf oleh JPA & MQA di:
– IPTA / Politeknik / IPTS (Universiti & Kolej Universiti sahaja)
– Kursus kritikal (Perubatan, Farmasi, Pergigian) hanya di IPTA - Tidak menerima tajaan atau biasiswa lain semasa permohonan. Tidak bekerja dan tiada pendapatan tetap.
- Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma / Ijazah / Sarjana / PhD.
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 2.50 (semester terkini) baki pengajian sekurang- kurangnya 1 tahun.
- Masih aktif sebagai atlet dan sekurang-kurangnya meraih pingat di SUKMA atau Kejohanan Kebangsaan.
Kaedah Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi kaedah berikut iaitu:
- Layari laman web permohonan iaitu https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/login.php/
- Klik bahagian “Pengguna Baru?”
- Masukkan maklumat pendaftaran dan klik butang “Daftar.”
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Ikut arahan dan lengkapkan borang permohonan.
- Muat naik surat pengesahan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) (sekiranya ada).
- Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.
Info Lanjut
Untuk mendapatkan info lanjut mengenai Biasiswa YB Menteri Pendidikan Tinggi-Atlet Cemerlang IPT 2025, sila layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/.
Baca juga: Semakan Layak Temu Duga & UKF PISMP 2025