Tajaan Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi 2023

Atlet yang cemerlang dalam bidang sukan dan ingin meneruskan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dialu-alukan memohon Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlet Cemerlang IPT 2023.

Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlet Cemerlang IPT adalah salah satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.

Tawaran biasiswa ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Penerima biasiswa ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan, namun mereka digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan negara apabila tamat pengajian.

Atlet yang terlibat boleh membuat permohonan mulai 23 Mei 2023 hingga 5 Jun 2023.

 

Elaun & Kemudahan

Elaun dan kemudahan yang ditawarkan menerusi biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT.
  • Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihan
    amali/ kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telah
    ditetapkan oleh Kerajaan.
  • Perlindungan insurans sukan.
  • Elaun Insentif Pencapaian Sukan (EIPS) mengikut kategori yang ditetapkan iaitu:
KategoriJumlah
Kategori 1RM12,000 setahun/RM1,000 sebulan
Kategori 2RM6,000 setahun/RM500 sebulan
Kategori 3RM3,000 setahun/RM250 sebulan

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh atlet yang ingin memohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut pada tarikh tutup permohonan:
    – 45 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana/Dr. Falsafah)
    – 30 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Pertama
    – 25 tahun bagi pengajian di peringkat Diploma
  2. Kursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysian Qualification Agency (MQA) di IPTA, Politeknik dan IPTS (bertaraf Universiti dan Kolej Universiti sahaja). Walau bagaimanapun, bagi kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian hanya ditawarkan kepada pengajian di IPTA sahaja.
  3. Tidak menerima sebarang tajaan/ biasiswa daripada mana-mana institusi/agensi kerajaan/swasta yang lain semasa permohonan dibuat.
  4. Pemohon tidak berkhidmat dengan mana-mana organisasi/berpendapatan tetap.
  5. Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Dr. Falsafah dari mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi Tempatan.
  6. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, mereka perlu:
    – Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan.
    – Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun dan ke atas di mana-mana IPT.
  7. Pelajar masih bergiat aktif sebagai atlet dengan pencapaian sekurang-kurangnya memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA)/ Sukan Universiti ASEAN (SUA)/ Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf atau Pingat Emas di Sukan Institusi pendidikan Tinggi (SUKIPT) sebelum tarikh tutup permohonan.

Kaedah Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi kaedah berikut iaitu:

  1. Layari laman web permohonan iaitu https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/login.php/
  2. Klik bahagian “Pengguna Baru?”
  3. Masukkan maklumat pendaftaran dan klik butang “Daftar.”
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Ikut arahan dan lengkapkan borang permohonan.
  6. Muat naik surat pengesahan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) (sekiranya ada).
  7. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

Info Lanjut

Untuk mendapatkan info lanjut mengenai Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlet Cemerlang IPT 2022, sila layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: