Permohonan Biasiswa Zakat Universiti Malaya 2024

Pelajar Universiti Malaya yang layak adalah dialu-alukan untuk memohon Biasiswa Zakat Universiti Malaya bagi tahun 2024.

Berikut adalah maklumat mengenai biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa Zakat Universiti Malaya

Biasiswa Zakat Universiti Malaya merupakan biasiswa yang terbuka kepada pelajar warganegara beragama Islam dan ditawarkan kepada pelajar tempatan yang sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Untuk biasiswa ini, Universiti Malaya menawarkan 10 biasiswa untuk pembiayaan penuh yuran pengajian kepada pelajar yang layak.

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 22 Mei 2024.

Kadar Pembiayaan

Kadar pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Peringkat PengajianSainsBukan Sains
Ijazah Sarjana MudaRM4,500.00RM4,000.00

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon biasiswa zakat ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon, ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon telah mengikuti sekurang-kurangnya 1 semester pengajian sepenuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau 1 peringkat pengajian bagi pemohon yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pergigian.
  3. Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.
  4. Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa).
  5. Pendapatan isi rumah (ibu dan bapa) hendaklah tidak melebihi RM4,500.00 sebulan.

Kelayakan Akedemik

Pemohon mestilah menepati kelayakan akademik iaitu memperoleh PNGK/CGPA 3.50 ke atas; atau lulus bagi yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pergigian.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan permohonan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScy4YDzuS-PYk2FWEYXWXA2-Ucz4ncdpx9q-z-CG_qR3G9B8A/viewform.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Muat naik dokumen sokongan.
  4. Klik ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan mykad pemohon, ibu dan bapa.
  2. Salinan kad matrik.
  3. Salinan keputusan terkini peperiksaan semester/peringkat (Perubatan dan Pergigian).
  4. Salinan slip gaji terkini (ibu dan bapa/ penjaga) (bagi ibu/bapa pesara sila kepilkan
    salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri/ tidak bekerja/suri rumah
    sila dapatkan pengesahan pendapatan (disahkan oleh ketua kampung/Adun/penghulu/ pengerusi taman/penghulu mukim/ketua blok sahaja).
  5. Salinan Surat Kematian atau Surat Bercerai (jika berkaitan).

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Zakat Universiti Malaya, sila hubungi Pusat Pentadbiran dan Tajaan di talian 03-79676999 atau e-mel kepada [email protected].

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: