Biasiswazah UTMNexus: Permohonan Biasiswa PhD UTM

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah membuka permohonan kepada mana-mana individu yang ingin mendapatkan biasiswa bagi pengajian PhD untuk memohon Biasiswazah UTMNexus.

Biasiswazah UTMNexus ini ditawarkan kepada calon yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik sepanjang pengajian dan menyumbang kepada keunggulan bidang Penyelidikan dan Inovasi di UTM.

Bagi individu yang berminat, permohonan bagi biasiswa ini dibuka mulai 1 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022.

Faedah Ditawarkan

Faedah yang ditawarkan menerusi biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Tajaan yuran pengajian bagi Semester 1 hingga 6.
  • Elaun bulanan sebanyak RM2,250 untuk 36 bulan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 35 tahun daripada tarikh permohonan.
  2. Telah mendapat surat tawaran kemasukan ke Program Doktor Falsafah (sepebuh masa) bagi semester 1 2022/2023 sebelum 30 September 2022.
  3. Tidak menerima apa-apa biasiswa atau bantuan kewangan pengajian daripada mana-mana syarikat, yayasan, agensi kerajaan, atau badan penaja.
  4. Memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dalam program Sarjana.
  5. Permohonan juga dibuka kepada pelajar baharu program PhD (Fast-Track) UTM Semester 1.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerui pautan http://pgs.utm.my/openbiasiswa/account/login.aspx selepas tarikh permohonan dibuka.

Adalah diingatkan, pemohon hendaklah menyemak syarat kelayakan permohonan di atas sebelum membuat permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Biasiswazah UTMNexus, sila hubungi Sekolah Pengajian Siswazah di talian 07-5537816/37769 atau email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: