BINGKAS Selangor: Bantuan e-Wallet RM300 Sebulan

Rakyat Selangor kini boleh mendapatkan bantuan e-Wallet sebanyak RM300 sebulan menerusi BINGKAS.

Berikut adalah maklumat dan cara untuk memohon bantuan ini.

Mengenai BINGKAS

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memberikan sokongan kepada keluarga-keluarga pasca-pandemik, meluaskan manfaat kepada 30,000 keluarga dengan RM300 sebulan untuk keperluan asas dan alat pendidikan.

BINGKAS bertujuan meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi, dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM108 juta dengan sasaran 30,000 penerima manfaat seluruh Selangor, menjadikan program BINGKAS antara program bantuan kewangan terbesar yang ditaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Penerusan program ini adalah selaras dengan seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Negara ini seterusnya menyumbang ke arah pencapaian petunjuk makro Rancangan Selangor Pertama untuk mengurangkan kemiskinan relatif dalam kalangan rakyat Selangor.

    Manfaat BINGKAS

    Manfaat yang diperoleh daripada bantuan ini adalah seperti berikut:

    • e-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
    • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (melalui e-Wallet)
    • Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300
    • Baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan
    • e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik

    Tarikh Permohonan

    Pemohon yang ingin memohon bantuan ini boleh membuat permohonan sebelum 15 Ogos 2024.

    Syarat Kelayakan

    Syarat kelayakan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

    1. Warganegara Malaysia.
    2. Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah.
    3. Pemilih berdaftar di Selangor.
    4. Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum 2 orang berusia 18 tahun ke bawah.
    5. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.

    Cara Memohon

    Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://bingkasselangor.com.

    Sila pastikan dokumen-dokumen berikut dilampirkan di dalam permohonan:

    • Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan)
    • Salinan Slip Gaji/Pencen Terkini (untuk penjawat awam/pesara)
    • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran/Sijil Anak Angkat/Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak/Tanggungan)
    • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
    • Salinan Sijil Kematian/Perceraian/Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
    • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN/Penghulu/Ahli Majlis/Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri/tidak bekerja)

    Maklumat Lanjut

    Maklumat lanjut mengenai BINGKAS, sila hubungi 1-800-22-6600.

    Baca juga:

    SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: