BISTARI 2023: Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Sabah RM100

Bayi yang dilahirkan di Negeri Sabah kini boleh memperoleh tabungan dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) menerusi Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI).

Bantuan ini diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada akhir tahun 2021 yang memperuntukkan RM5 juta bagi pelaksanaan bantuan ini.

Beliau berkata, inisiatif bantuan ini adalah sebagai komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan modal insan dan menggalakkan ibu bapa menabung bagi tujuan pendidikan sejak awal kelahiran.

Ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan yang dibuka sepanjang 2023.

Jumlah Tabungan

Jumlah tabungan yang akan dimasukkan ke dalam akaun SSPN bayi yang terlibat adalah sebanyak RM100.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang memohon bantuan ini adalah:

  1. Simpanan sebanyak RM100.00 akan dibuka atas nama bayi dalam akaun SSPN.
  2. Bayi tersebut berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2023 dan ibu/bapa/penjaga yang berasal dari Sabah
  3. Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.

Tatacara Permohonan

Terdapat 2 cara permohonan ini boleh dibuat oleh ibu bapa yang ingin memohon iaitu:

i) Atas Talian

  1. Layari pautan permohonan berikut https://cutt.ly/OnlineBISTARI.
  2. Lengkapkan borang permohonan online tersebut.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah lengkap.
  5. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

ii) Borang Permohonan

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://cutt.ly/BorangBistari.
  2. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

    Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
    Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
    Jalan UMS, Teluk Likas
    88400 Kota Kinabalu, Sabah

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu dimuat naik atau dihantar secara manual adalah seperti:

  1. Sijil lahir bayi
  2. Kad pengenalan ibu bapa

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai BISTARI, sila layari FB Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas atau menghubungi 088-369872 atau menghubungi Pegawai PTPTN.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: