BKSM 2024: Biasiswa Kecil Sekolah Menengah Negeri Kedah

Kerajaan Negeri Kedah telah membuka permohonan untuk pelajar sekolah menengah menerusi Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) 2024.

Berikut adalah maklumat mengenai biasiswa ini dan cara untuk memohon.

Mengenai BKSM

BKSM merupakan biasiswa yang diberikan kepada pelajar sekolah menengah daripada keluarga berpendapatan rendah.

Pemberian biasiswa ini dapat membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah meneruskan pendidikan mereka menerusi biasiswa ini.

Bagi mereka yang berminat, permohonan boleh dibuat kepada pihak sekolah dan pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan mulai 17 Mac 2024 (Ahad) sehingga 18 April 2024 (Khamis).

Kadar Biasiswa

Kadar pemberian biasiswa bagi pelajar yang layak untuk pemberian biasiswa ini adalah seperti berikut:

TingkatanJumlah Setahun
1-3RM600.00
4-5RM715.00

Syarat Penawaran

Syarat penawaran yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pendapatan isi rumah RM 3000.00 dan ke bawah.
  2. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 4A dalam peperiksaan Akhir Tahun.
  3. Pelajar tiada penaja lain.
  4. Pelajar bersih dari tindakan disiplin.
  5. Pelajar aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
  6. Dicalonkan melalui Guru Biasiswa Sekolah.

Cara Memohon

Permohonan perlu dilakukan melalui pihak sekolah dan pihak sekolah boleh membuat permohonan melalui laman web https://eservices.kedah.gov.my/ibksm.

Manual pengguna boleh dirujuk melalui file di bawah:

Info Lanjut

Info lanjut mengenai BKSM 2024, sila layari laman web https://eservices.kedah.gov.my/ibksm.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: