Kerajaan Negeri Kedah telah membuka permohonan untuk pelajar sekolah menengah menerusi Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) 2023.
BKSM merupakan biasiswa yang diberikan kepada pelajar sekolah menengah daripada keluarga berpendapatan rendah.
Pemberian biasiswa ini dapat membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah meneruskan pendidikan mereka menerusi biasiswa ini.
Bagi mereka yang berminat, permohonan boleh dibuat kepada pihak sekolah dan pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan sebelum 20 April 2023.
Kadar Pemberian
Kadar pemberian bagi pelajar yang layak untuk pemberian biasiswa ini adalah seperti berikut:
Tingkatan | Jumlah Setahun |
1-3 | RM600.00 |
4-5 | RM715.00 |
Syarat Penawaran
Syarat penawaran yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:
- Lima orang pelajar untuk setiap sekolah.
- Pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.
- Pendapatan isi rumah RM 3000.00 dan ke bawah.
- Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 4A dalam peperiksaan Akhir Tahun 2022 (jika tiada calon yang memenuhi syarat 4A, pihak sekolah boleh mencalonkan pelajar yang berpotensi untuk berjaya dengan mengemukakan Surat Rayuan).
- Pelajar tiada penaja lain.
- Pelajar bersih dari tindakan disiplin.
- Pelajar aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
Cara Memohon
Permohonan perlu dilakukan melalui pihak sekolah dan pihak sekolah boleh membuat permohonan melalui laman web https://eservices.kedah.gov.my/ibksm.
Manual pengguna boleh dirujuk melalui file di bawah:
Info Lanjut
Info lanjut mengenai BKSM, sila layari laman web https://eservices.kedah.gov.my/ibksm.