BMT 2023: Bantuan Musim Tengkujuh RM800
Berita gembira untuk pekebun kecil apabila Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 dinaikkan daripada RM600 kepada RM800.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 baru-baru ini.
Pemberian bantuan tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM256 juta yang akan memanfaatkan 320,000 pekebun kecil.
Mengenai BMT 2023
BMT merupakan bantuan yang disalurkan bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatannya akibat musim tengkujuh yang melanda negara.
Pekebun kecil getah ialah pemilik pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri manakala penoreh bukan pemilik adalah mereka yang menoreh getah di kebun pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah.
Jumlah Bantuan Bantuan Musim Tengkujuh 2023
Jumlah yang akan diberikan dalam BMT 2023 adalah sebanyak RM800.
Syarat Kelayakan
Bagi mendapatkan bantuan ini, terdapat syarat kelayakan yang perlu dipenuhi iaitu:
i) Pekebun kecil (pemilik pengusaha)
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
- Memiliki keluasan tanah 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar secara agregat.
- Pemilik tanah yang sah
- Satu 1 lot tanah hanya seorang penerima bantuan sahaja (tanpa mengira bilangan ahli kongsi).
- Seorang pekebun kecil hanya layak menerima sekali sahaja.
ii) Pekebun kecil (penoreh bukan pemilik)
- Warganegara Malaysia.
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Mempunyai pengesahan pemilik tanah yang sah.
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.
- Seorang penoreh hanya layak menerima sekali sahaja.
Tatacara Semakan
Tatacara semakan status permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web eBMT iaitu https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/.
- Isi no kad pengenalan.
- Klik butang ‘Hantar.’
- Status permohonan dipaparkan.
Kaedah Pembayaran
Para penerima yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai BMT 2023 di dalam Belanjawan 2023, sila layari laman web https://budget.mof.gov.my/manfaat/.