BOLD Yayasan Petronas: Tawaran Tutor Sukarelawan Kanak-Kanak B40

Bagi membantu kanak-kanak B40 dalam pembelajaran dan pembacaan mereka, Yayasan PETRONAS menawarkan kepada mana-mana individu yang berminat bagi membantu kanak-kanak tersebut menerusi program Sentuhan Ilmu Bridging the Online Learning Divide (BOLD).

BOLD merupakan program intervensi komprehensif yang diwujudkan oleh Yayasan PETRONAS untuk menangani kekurangan pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan tinggi terutamanya B40 disebabkan oleh COVID-19.

Program ini akan membantu kira-kira 2,000 kanak-kanak berkeperluan tinggi daripada komuniti B40 dengan peranti Internet, modul digital dan sokongan pembelajaran segera melalui tutor sukarelawan yang dilantik oleh Yayasan PETRONAS.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin menjadi tutor sukarelawan tersebut, anda boleh mendaftar dengan segera bagi membantu kanak-kanak tersebut.

Pelaksanaan Program

Menerusi program ini, tutor sukarelawan akan diambil dan dilatih untuk menyampaikan sesi one on one bersama kanak-kanak terbabit secara maya melalui WhatsApp dan menggunakan MYReaders Literacy Toolkit.

MYReaders Literacy Toolkit adalah kit yang mengandungi alatan praktikal untuk menyediakan literasi yang berkesan kepada kanak-kanak.

Program ini dijalankan sekurang-kurangnya 14 minggu dengan meluangkan hanya 90 minit seminggu bersama kanak-kanak terbabit.

Kriteria Tutor Sukarelawan

Kriteria tutor sukarelawan yang diperlukan bagi program ini adalah seperti berikut:

  1. Mempunyai sikap sabar dan boleh bekerja dengan kanak-kanak.
  2. Biasa menggunakan aplikasi WhatsApp dan Google Drive.
  3. Mampu komited secara fizikal dan emosi untuk membaca dengan kanak-kanak selama 90 minit seminggu, selama 14 minggu (dalam tempoh 4 bulan).
  4. Mahir berbahasa Inggeris dan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.
  5. Tidak mempunyai rekod jenayah, terutamanya yang berkaitan dengan keselamatan kanak-kanak.

Cara Mendaftar

Pendaftaran untuk menjadi tutor sukarelawan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan pendaftaran iaitu https://bit.ly/BOLDVolunteer.
  2. Isi maklumat pendaftaran yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat bertanda merah diisi.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar pendaftaran tersebut.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai program BOLD, sila hantar email ke alamat [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: