BOMJ: Permohonan Biasiswa Orang Muda Johor 2025

Pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024/2025 dan berhasrat untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pertama (termasuk program A-Level) dalam bidang yang dikenal pasti di universiti-universiti terkemuka dunia adalah dialu-alukan memohon Biasiswa Orang Muda Johor 2025 (BOMJ).

Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa Orang Muda Johor 2025

Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) ditawarkan kepada anak-anak Johor yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024/2025 dan berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di 20 universiti terbaik dunia.

Biasiswa ini menawarkan pembiayaan penuh termasuk program persediaan A-Level di dalam negara sebelum pelajar menyambung pengajian ke luar negara dalam bidang-bidang keutamaan negeri Johor.

Pakej Biasiswa

Pakej biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pembiayaan berbentuk biasiswa penuh bagi pengajian ke 20 universiti terbaik dunia (QS World Ranking).
  • Peluang kerjaya bersama agensi/syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Johor setelah tamat pengajian.
  • Pelbagai elaun khas disediakan.

Peringkat Pengajian

Pelajar-pelajar yang ditawarkan penajaan akan ditaja bagi pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa dalam bidang dan institusi yang ditetapkan sahaja (termasuk program persediaan di peringkat A-Level selama 24 bulan di kolej persediaan yang telah ditetapkan).

Tempat Pengajian

Tempat pengajian adalah di 20 universiti terbaik dunia seperti yang disenaraikan dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings, Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings, dan/atau Academic Ranking of World Universities (ARWU) berdasarkan kedudukan universiti.

Bidang Pengajian Tumpuan

Bidang pengajian tumpuan yang layak memohon adalah seperti:

  • Kejuruteraan & Teknikal
  • Sains & Teknologi
  • Sains Sosial

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1.  Anak kelahiran atau menetap di Johor sekurang-kurangnya 5 tahun
  2. Mendapat minimum 9A+ dalam SPM 2024/2025
  3. Umur tidak melebihi 19 tahun pada tarikh tutup permohonan
  4. Tiada syarat pendapatan dikenakan

Tatacara Permohonan

Permohonan dibuka secara dalam talian di laman sesawang PROLIMS YPJ https://prolims2.ypj.gov.my/ mulai 1 sehingga 15 Mei 2025.

Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan  Permohonan Penajaan Biasiswa Orang Muda Johor sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Orang Muda Johor 2025, sila layari laman web https://portal.ypj.gov.my/.

Baca juga: Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Negeri Sembilan 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: