Semua penjawat awam yang layak akan mula menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 bagi tahun 2023.
Untuk makluman, BKKA ini akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan 87 kontrak.
Pemberian bantuan pada tahun ini juga akan turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesaran Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
Pemberian bantuan ini adalah satu langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu penjawat awam membuat perancangan dan persiapan awal bagi menyambut Hari Raya.
Tarikh Pembayaran Bonus (Bantuan Khas Aidilfitri) Penjawat Awam 2023
Tarikh pembayaran bantuan ini adalah pada 17 April 2023.
Jumlah Pembayaran
Jumlah pembyaran yang akan diterima menerusi bantuan ini adalah:
- Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah: RM700.00
- Pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen: RM350.00
Penerima Bonus Aidilfitri Penjawat Awam 2023 Yang Layak
Penerima yang layak yang akan menerima bantuan ini adalah seperti berikut:
i) Penjawat Awam
- Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 17 April 2023.
- Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang Iayak tersebut merupakan:
– Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS).
– Pegawai yang bercuti bergaji penuh.
– Pegawai yang bercuti separuh gaji.
– Pegawai yang bercuti tanpa gaji.
– Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.
Selain itu, bantuan ini turut dibayar kepada:
- Pegawai lantikan MySTEP yang telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya 6 bulan pada 17 April 2023 dan telah dilantik sebelum 17 April 2023.
- Guru interim.
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
ii) Pesara
- Pesara kerajaan yang sedang menerima pencen.
- Penerima pencen terbitan.
- Pesara perkhidmatan awam skim KWSP (bersara apabila mencapai opsyen umur persaraan)
- Bersara atas sebab kesihatan.
- Veteran berpencen dan tidak berpencen.
Penerima Yang Tidak Layak
Penjawat awam yang tidak layak menerima bantuan ini adalah seperti berikut:
- Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/Gred Khas.
- Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja atau turun pangkat dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 April 2023.
- Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 April 2023.
- Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 April 2023.
- Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.
Info Lanjut
Untuk info lanjut mengenai pembayaran BKKA, sila layari laman web https://www.jpa.gov.my/ ATAU rujuk Soalan Lazim si pautan berikut: https://docs.jpa.gov.my/docs/se/2023/se23032023_faq.pdf