BPKNS: Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak Ijazah Sarjana Muda 22/23

Pelajar anak Negeri Sarawak yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda sesi 2022/2023, Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak telah membuka tawaran Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS).

Untuk makluman, BPKNS merupkan inisiatif di bawah Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak bagi menampung pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) atau Universiti Awam (UA).

Oleh itu, pelajar yang berminat boleh membuat permohonan mulai 26 September 2022 sehingga 9 Oktober 2022.

Pembiayaan Biasiswa

Biasiswa ini merangkumi pembiayaan seperti:

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Pengangkutan
  • Elaun Buku, Pakaian dan lain-lain.

Syarat Permohonan

Pelajar perlu memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:

  1. Anak jati Sarawak.
  2. Telah mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) atau Universiti Awam (UA).
  3. Terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali Pendidikan (Perguruan) atau Perubatan.
  4. Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam /Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima separuh gaji atau bergaji penuh adalah tidak layak memohon.
  5. Bagi kemasukan baru, pemohon wajib mengisi keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau yang setaraf.
  6. Untuk pemohon yang sedang dalam pengajian, permohonan hendaklah menggunakan keputusan semester terkini.
  7. Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipertimbangkan untuk tawaran. Sekiranya anda tidak dihubungi dalam tempoh 2 bulan daripada tarikh iklan ditutup, permohonan anda adalah dianggap tidak berjaya.
  8. Keutamaan diberi kepada pemohon dari kalangan keluarga golongan B40 (Pendapatan isi rumah RM 4,850.00 ke bawah atau tertakluk kepada jumlah tanggungan semasa).

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan boleh dibuat menerusi langkah berikut:

  1. Layari laman web https://escholarship.sarawak.gov.my.
  2. Klik “Log Masuk” untuk memohon.
  3. Klik “Ya” diikuti dengan Klik “Daftar Sekarang.”
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik “Teruskan.”
  5. Isu bahagian “Butiran Akaun” dan buat pengesahan.
  6. Log masuk dengan memasukkan butiran yang telah didaftar.
  7. Lengkapkan permohonan sehingga tamat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai BPNS, sila layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak https://psc.sarawak.gov.my atau menghubungi 082-236325/082-236554.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: