Permohonan BPKNS: Biasiswa Pinjaman Ijazah Sarjana Muda Sarawak

Anak jati Negeri Sarawak yang akan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi sesi 2021/2022 berpeluang untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS).

BPKNS bagi Ijazah Sarjana Muda ini diuruskan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) yang berperanan menganugerah biasiswa atau pinjaman kepada pelajar-pelajar yang memohon untuk mengikuti pelbagai kursus dan latihan akademik sepenuh masa di IPTA/Universiti Awam (UA) bagi anak jati Negeri Sarawak.

Untuk makluman, BPKNS diperkenalkan bagi membantu anak jati Negeri Sarawak dalam bidang pendidikan khususnya mereka yang akan menyambung pengajian mereka di IPTA/UA di seluruh negara sama ada di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Bagi pemohon yang berminat, tarikh permohonan bagi BPKNS ini akan dibuka mulai 2 Oktober sehingga 15 Oktober 2021.

Jumlah Pembiayaan

Jumlah BPKNS yang akan diterima pemohon yang layak adalah seperti berikut:

Lokasi PengajianJumlah Per Semester (RM)
Sarawak3500
Sabah3750
Semenanjung Malaysia3850

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohon yang berhasrat memohon BPKNS Ijazah Sarjana Muda ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah anak jati Sarawak atau peribumi Sarawak.
  2. Pemohon telah mendapat surat tawaran di peringkat Diploma di IPTA/Universiti Awam.
  3. Permohonan dibuka kepada semua kursus pengajian kecuali pendidikan dan perubatan sahaja.
  4. Permohonan tawaran dibuka kepada pemohon yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.

Cara Memohon

Bagi pemohon yang berminat, mereka boleh membuat permohonan BPKNS melalui langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web berikut escholarship.sarawak.gov.my.
  2. Klik butang ‘Log Masuk Untuk Memohon.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Sekarang’ dan pilih jenis akaun iaitu MyKad.
  4. Isi maklumat dan buat pengesahan telefon bimbit dengan betul.
  5. Kemudian, log masuk dengan memasukkan Login ID dan klik butang ‘Teruskan.’
  6. Masukkan kata laluan yang didaftarkan.
  7. Isi maklumat lain yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  8. Cetak borang permohonan setelah selesai membuat permohonan.
  9. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat email [email protected].

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang akan dihantar melalui email perlu ditulis Nama Penuh (No. Kad Pengenalan) pada subjek email.

Terdapat 5 dokumen yang diperlukan yang perlu dihantar melalui email iaitu:

  1. Salinan Surat Tawaran IPTA.
  2. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan ibu bapa pemohon.
  3. Salinan Sijil Lahir pemohon.
  4. Salinan Sijil Akademik terkini (Asasi/Diploma/STPM/Matrikulasi atau setaraf keputusan semester terkini).
  5. Salinan slip gaji/penyata pendapatan ibu bapa atau penjaga (sekiranya tiada, sila sediakan pengesahan pendapatan yang disahkan oleh Ketua Masyarakat/kaum masing-masing).

Semua dokumen wajib disahkan oleh Ketua Masyarakat/Ketua Kaum atau pegawai kerajaan Gred 41 ke atas.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai BPKNS Ijazah Sarjana Muda ini, sila hubungi pihak SPANS yang berkenaan:

  • Catherina: 014-686 6089
  • Jesfer: 017-843 6031
  • Ali: 013-571 2425
  • Corina: 014-590 1677
  • Maltina: 014-588 0600
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: