Permohonan BSH 2023 Mahasiswa Anak Negeri Sembilan

Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Yayasan Negeri Sembilan (YNS) sebelum ini telah mewujudkan satu inisiatif kepada mahasiswa anak Negeri Sembilan iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH) 2023 Mahasiswa Anak Negeri Sembilan bagi membantu mahasiswa di universiti awam.

BSH ini telah diwujudkan sejak tahun 2019 bagi membantu mahasiswa anak Negeri Sembilan yang memerlukan.

Inisiatif ini adalah hasil buah fikiran YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun apabila beliau mendapat laporan terdapat segelintir mahasiswa tidak mempunyai wang belanja yang cukup sehingga ada daripada mereka yang terpaksa berlapar.

Untuk 2023, mahasiswa yang memerlukan bantuan ini dialu-alukan membuat permohonan mulai 1 Januari 2023.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah RM150.00 sebulan selama setahun bagi menampung kos sara hidup pelajar di kampus.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah anak kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) dan alamat menetap pemohon mestilah di Negeri Sembilan sahaja.
  2. Sekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Sembilan dan telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 6 tahun, pemohon perlu memuat naik sijil berhenti sekolah Darjah 6 dan Tingkatan 5.
  3. Pemohon masih belajar sepenuh masa di peringkat pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja.
  4. Permohonan bantuan ini hendaklah dibuat bagi pelajar semester 1 ke atas (tahun akhir tidak layak memohon).
  5. Hanya layak pendapatan isi rumah ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi RM4,210.00 iaitu B40 ke bawah.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Muat turun borang BSH 2022 di laman web Yayasan Negeri Sembilan Yayasan Negeri Sembilan – Utama iaitu https://yns.gov.my.
  2. Sediakan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat ADUN/DUN/Wakil (sila rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon).
  3. Borang BSH dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat ADUN/DUN/Wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.
  4. Isi dan muat naik semua dokumen di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScHyGdcPAupWDrph5gVF4s5-YFb2dAnmusg5fctI9r0GHTK9A/closedform.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut iaitu:

  1. Borang BSH.
  2. Salinan kad pengenalan pelajar.
  3. Surat pengesahan belajar.
  4. Surat tawaran belajar.
  5. Akaun bank-penyata slip depan sahaja.
  6. Sijil Berhenti Sekolah Darjah 6 dan Tingkatan 5 (jika bukan lahir di Negeri Sembilan).
  7. Penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan bapa.
  8. Penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu.
  9. Lain-lain seperti sijil kematian atau sijil cerai.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai BSH 2023, sila layari laman web YNS iaitu https://www.yns.gov.my/v7/ms/bahagian/pendidikan/pembangunan-insan/bantuan-sara-hidup.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: