Berita baik untuk atlet yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membuka permohonan untuk para atlet memohon Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) 2022.
BSP adalah biasiswa yang ditawarkan oleh KBS bagi para atlet yang sedang melanjutkan pengajian di IPT secara sepenuh masa.
Atlet yang memenuhi syarat permohonan adalah dialu-alukan memohon biasiswa sukan ini.
Permohonan biasiswa ini telah dibuka mulai 15 April 2022 sehingga 30 April 2022 secara atas talian.
Peringkat Pengajian
Peringkat pengajian yang layak memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Peringkat Diploma
- Peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan bagi biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada atlet yang akan/sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dan masih bergiat aktif dalam bidang sukan, sekurang-kurangnya mewakili IPT Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) atau mewakili Negeri dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf.
- Berumur pemohon pada 31 Disember 2022 adalah seperti berikut:
– Tidak melebihi 25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma secara sepenuh masa; atau
– Tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama secara sepenuh masa. - Telah mendapat surat tawaran pengajian bagi pelajar baharu pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pertama mengikut tempoh pengajian yang ditawarkan oleh IPT berkenaan. Sekiranya sedang mengikuti pengajian, pemohon perlulah:
– Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi Atlet IPT atau PNGK 2.00 bagi Atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan.
– Memiliki tempoh baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun akademik (2 atau 3 semester mengikut sistem kalendar akademik IPT berkenaan) atau lebih yang bukan dalam tempoh pelanjutan. - IPT tempatan sahaja serta bidang pengajian yang mempunyai pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia/Malaysia Qualification Agency.
- Tidak menerima sebarang tajaan/biasiswa daripada mana-mana institusi/agensi kerajaan/swasta yang lain.
- Atlet sihat daripada segi mental dan fizikal.
- Berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.
- Pemohon hendaklah bersedia untuk terus giat dalam latihan dan pertandingan pertandingan sukan pilihannya dan mengekalkan prestasi sepanjang tempoh pengajiannya sebagai syarat menerima biasiswa ini serta dikehendaki mewakili negara dalam mana-mana pertandingan di peringkat Kebangsaan/Antarabangsa sekiranya diperlukan.
- Atlet Negara yang memohon biasiswa ini perlu melampirkan surat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara (MSN).
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://spsb.kbs.gov.my/backend/web.
- Pilih bahagian e-Biasiswa.
- Klik butang ‘Daftar.’
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
- Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.
Keterangan Lanjut
Keterangan lanjut mengenai BSP, sila hubungi Unit Biasiswa KBS di talian 03-8871 3548/3546.