BTAR 2024: Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda kini boleh membuat permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2024 di bawah Yayasan Tunku Abdul Rahman.

Berikut merupakan maklumat mengenai biasiswa ini dan cara untuk memohon.

Pengenalan BTAR 2024

Untuk makluman, BTAR adalah biasiswa ijazah sarjana muda yang terbuka kepada pelajar yang berpotensi tinggi dan bercita-cita tinggi untuk menyumbang ke arah pembangunan Malaysia dengan menekankan pengembangan diri secara holistik dan berdasarkan nilai-nilai murni.

Penerima BTAR yang layak akan menjalani program kepimpinan selama 2 tahun untuk memastikan mereka memberikan impak positif kepada masyarakat pada masa kini dan juga masa hadapan.

Pemohon yang berminat untuk memohon biasiswa ini perlu membuat permohonan mulai 8 Februari sehingga 8 April 2024.

Pembiayaan & Elaun

Penerima yang layak menerima biasiswa ini adalah mendapat bantuan kewangan seperti berikut:

  • Yuran Universiti
  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Pembangunan Diri
  • Elaun Buku
  • Elaun Tiket Penerbangan
  • Elaun Alat Tulis
  • Elaun Komputer Riba
  • Elaun Tesis
  • Elaun Pakaian Rasmi

Penerima biasiswa ini perlu menyertai program kepimpinan yang disediakan merangkumi:

  • Mentorship
    – Penerima biasiswa akan menerima bimbingan oleh para profesional dan juga alumni tentang kerjaya dan perkembangan diri.
  • Peluang pembangunan
    – Penerima biasiswa akan menghadiri bengkel dan kem sepanjang 2 tahun untuk mengasah kemahiran kepimpinan, pemikiran kritikal dan kemahiran interpersonal.
  • Projek kemasyarakatan
    – Sebagai sebahagian daripada perjalanan pembangunan kepimpinan diri, setiap penerima biasiswa perlu mengurus dan menjalankan sebuah projek kemasyarakatan di bawah bimbingan yayasan ini. 

Syarat Kelayakan

Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pemohon seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan biasiswa.
  3. Telah menamatkan pengajian pra-universiti dan mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengajian sarjana muda di mana-mana universiti awam atau swasta tempatan yang diiktiraf oleh MQA.

Keutamaan diberikan kepada:

  1. Pernah atau sedang menghadapi cabaran yang sukar.
  2. Menunjukkan potensi kepimpinan dan menunjukkan nilai Yayasan Tunku Abdul Rahman.
  3. Calon yang datang daripada latar belakang yang mencabar, seperti Orang Kurang Upaya (OKU), calon masyarakat luar bandar dan calon daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM4,850 sebulan.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti tatacara permohonan seperti berikut:

  1. Layari laman web https://www.yayasantar.org.my/.
  2. Klik butang ‘Apply Now.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  4. Muat naik dokumen sokongan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik ketika membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Salinan keputusan Pra-U atau semester terkini.
  3. Surat Tawaran Kemasukan Universiti (jika berkenaan).
  4. Bukti pendapatan seperti penyata pendapatan atau slip cukai pendapatan atau slip gaji ibubapa atau penjaga (3 bulan) atau penyata akaun bank.
  5. Surat Sokongan/Letter of Recommendation dari pendidik ataupun majikan calon (tidak wajib tetapi digalakkan).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai BTAR 2024, sila layari laman web www.yayasantar.org.my atau menghubungi Yayasan Tunku Abdul Rahman di talian 03 2283 6063.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: