Permohonan Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT

Pelajar Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kini ditawarkan 2 biasiswa yang boleh dipohon iaitu Biasiswa Tuanku Canselor (BTC) dan Biasiswa Universiti Malaysia Terengganu (BUMT).

BTC dan BUMT adalah merupakan 2 biasiswa yang ditawarkan khusus kepada pelajar PhD yang menyambung pengajian di UMT.

Oleh itu, pelajar PhD di UMT yang berminat boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan dan perlu menghantar permohonan sebelum 24 Mei 2022 bagi tujuan saringan.

Objektif Biasiswa

Objektif kedua-dua biasiswa diwujudkan kepada pelajar PhD tersebut adalah untuk

  • Membiayai pelajar PhD yang berkelayakan, berminat dan berpotensi  cemerlang dalam pengajian.
  • Meningkatkan  semangat dan daya saing di kalangan pelajar semasa mengikuti pengajian di UMT.
  • Meningkatkan kecemerlangan penyelidikan dan UMT.

Kemudahan Biasiswa

Penerima biasiswa yang layak akan menerima kemudahan berikut iaitu:

i) BTC

  • Penajaan yuran pengajian selama 36 bulan (maksimum).
  • Penajaan yuran tesis 1 kali dalam tempoh tajaan (RM1,000.00).
  • Elaun bulanan sebanyak RM2,300.00 sebulan selama 36 bulan (maksimum).

ii) BUMT

  • Penajaan yuran pengajian selama 36 bulan (maksimum).
  • Penajaan  yuran tesis 1 kali dalam tempoh tajaan (RM1,000.00).
  • Elaun Bulanan sebanyak RM1,600.00 sebulan selama 36 bulan (maksimum).

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

i) Oceanography and Marine Science

  • Marine Ecosystem Health and Management
  • Physical and Geological Oceanography
  • Maritime Studies
  • Satellite Oceanography and Remote Sensing
  • Biological Oceanography
  • Chemical Oceanography

ii) Aquaculture

  • Breeding Technology
  • Aquaculture Biotechnology
  • Aquaculture Nutrition of Aquatic Organisms
  • Aquatic Animal Health
  • Soil and Water Quality
  • Aquaculture Engineering

iii) Marine Biotechnology

  • Genomic
  • Drug Discovery
  • Proteomic

iv) Sustainable Environment

  • Applied Informatics
  • Environmental Studies
  • Renewable Energy
  • Natural Resource Valuation and Management
  • Biodiversity And Conservation

v) Food Security

  • Livestock
  • Fishery Resources Management
  • Food Science and Product
  • Post Harvest
  • Crop Production

vi) Socio-Economic Development

  • Sustainable Tourism
  • Island and Peripheral Community
  • Sustainable Natural Resources
  • Human Resource Development

Syarat Permohonan

Pemohon perlu memenuhi syarat permohonan berikut iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar sedang mengikuti Program Doktor Falsafah (PhD) di UMT mod  penyelidikan secara sepenuh masa pada tahun pertama pengajian;
  3. Pelajar berstatus aktif.
  4. Tidak menerima sebarang gaji atau elaun atau lain-lain bayaran daripada mana-mana institusi dalam tempoh tajaan.
  5. Tidak menerima sebarang bantuan/biasiswa daripada mana-mana penaja dalam tempoh penajaan bagi tujuan pengajian Doktor Falsafah (PhD).
  6. Bidang pengajian dan penyelidikan yang dijalankan hendaklah dalam niche area UMT.

Syarat Kelayakan Akademik

Syarat kelayakan akademik yang ditetapkan adalah seperti berikut:

i) BTC

Lepasan Sarjana (struktur penyelidikan)

  1. Telah menerbitkan sekurang-kurangnya 3 artikel jurnal yang berindeks Scopus/WoS sebagai penulis utama/”corresponding author”; dan 
  2. CGPA 3.40 dan ke atas (ijazah pertama).

Lepasan Sarjana (struktur kerja kursus) 

  1. Telah menerbitkan sekurang-kurangnya 3 artikel jurnal yang berindeks Scopus/WoS sebagai penulis utama/”corresponding author”; dan 
  2. CGPA 3.70 dan ke atas (sarjana); dan 
  3. CGPA 3.40 dan ke atas (ijazah pertama)

ii) BUMT

Lepasan Sarjana (struktur penyelidikan) 

  1. Telah menerbitkan sekurang-kurangnya 2 artikel jurnal yang berindeks Scopus/WoS sebagai penulis utama/”corresponding author”; dan 
  2. CGPA 3.00 dan ke atas (ijazah pertama).

Lepasan Sarjana (struktur kerja kursus) 

  1. Telah menerbitkan sekurang-kurangnya 2 artikel jurnal yang berindeks Scopus/WoS sebagai penulis utama/”corresponding author”; dan 
  2. CGPA 3.70 dan ke atas (sarjana); dan 
  3. CGPA 3.00 dan ke atas (ijazah pertama)

Cara Memohon

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/drive/folders/1KK58p4-TudMXIwrWI9_KJtlyP_GV6bY8.
  2. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Hantar borang permohonan ke Pusat Pengurusan Siswazah sebelum 24 Mei 2022.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai BTC dan BUMT, sila hubungi Puan Aizan di talian 09-6684393 atau email ke [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *