BUDI: Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Sabah 2023

Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Tugas-Tugas Khas) telah membuka permohonan bantuan kepada anak-anak Negeri Sabah yang bakal mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) iaitu Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) bagi tahun 2023.

BUDI adalah bantuan yang ditawarkan kepada anak-anak Negeri Sabah yang bakal memasuki IPT bagi peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi dan Ijazah Sarjana Muda.

Pelaksanaan bantuan ini bagi menggalakkan lebih ramai anak-anak Sabah melanjutkan pelajaran mereka di peringkat tinggi sama ada di IPTA dan IPTS.

Anak-anak Sabah yang berminat untuk memohon bantuan ini boleh membuat permohonan secara atas talian.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diterima pemohon yang layak menerima bantuan ini adalah sepertio berikut:

  • Peringkat Diploma/Asasi/Matrikulasi: RM1,500
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda: RM2,000

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin memohon BUDI perlu memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

  1. Permohonan terbuka kepada pelajar/pemohon yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pangajian Tinggi Awam atau Swasta Tahun 2023 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan.
  2. Pemohon mestilah warganegera Malaysia berasal dari Negeri Sabah dan berumur tidak lebih 25 tahun.
  3. Ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah tergolong dalam B40 dan M40.
  4. Pemohon telah mendapat pengesahan kemasukan ke IPT.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://budi.sabah.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Permohonan.’
  3. Klik butang ‘Daftar’ di sebelah kanan paparan.
  4. Isi maklumat dengan lengkap dan klik dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Isi maklumat yang diperlukan.
  7. Kemudian sediakan dokumen sokongan.
  8. Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan surat beranak pemohon dan ibu bapa/penjaga).
  2. Salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga.
  3. Salinan slip gaji ibu bapa/penjaga (jika ada pekerjaan) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah/Ketua Kampung (disahkan benar oleh Majikan/Pegawai Daerah/Ketua Kampung).
  4. Salinan slip keputusan SPM/STPM/STAM/Diploma.
  5. Salinan Surat Tawaran kemasukan ke IPT pemohon.
  6. Salinan muka depan penyata akaun pemohon.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai BUDI, sila hubungi Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Tugas-Tugas Khas) di talian 088-369 872.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: