BUDI MARA: Bantuan Pendidikan Pelajar MRSM B40

Menerusi inisiatif Majlis Amanah Rakyat (MARA), pelajar yang berjaya memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) daripada keluarga B40 berpeluang mendapat bantuan pendidikan menerusi Program Pendidikan Budi MARA (BUDI MARA).

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kesamarataan kepada pelajar untuk mendapatkan pendidikan terbaik di MRSM.

Untuk makluman, BUDI MARA telah diperkenalkan dan dilaksanakan bermula pada tahun 2005 yang dikenali dengan Program Bantuan Khas (PBK) sebelum dijenamakan semula kepada BUDI MARA pada 2016.

Pelaksanaan program ini adalah menepati dasar pengambilan pelajar iaitu sekurang-kurangnya 60 peratus dalam kalangan keluarga B40 berdasarkan kriteria status sosioekonomi dan kecemerlangan pelajar yang diambil kira menerusi sistem merit.

Menerusi program ini, pihak MARA telah membelanjakan lebih RM10 juta bermula 2005 yang memberi manfaat kepada lebih 6,000 orang pelajar bermula daripada tahun tersebut.

Bentuk Bantuan

Pelajar yang layak menerima BUDI MARA akan menerikan bentuk bantuan seperti berikut:

  • Bantuan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,100 merangkumi:
    – Yuran persekolahan
    – Pembelian pakaian sekolah
    – Pakaian harian
    – Keperluan asrama
    – Peralatan persekolahan
    – Tambang perjalanan pulang cuti semester
    – Yuran dobi
    – Pakaian sukan
    – Keperluan peribadi
  • Wang saku sebanyak RM50 sebulan.
  • Pengecualian membayar yuran caruman seperti yang dikenakan kepada setiap pelajar di MRSM.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi penerima program ini adalah seperti berikut:

  1. Lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM.
  2. Pendapatan isi rumah keluarga pelajar adalah RM1,500.
  3. Keluarga mempunyai tanggungan 5 orang dan ke atas.

Pemilihan Murid

Pihak MRSM akan membuat pemilihan bagi mengenal pasti pelajar yang layak untuk mendapat bantuan melalui program ini.

Proses pemilihan akan dijalankan seperti berikut:

  1. Nama pelajar akan dimuat turun daripada Sistem Permohonan MRSM dan 1000 orang pelajar disenarai pendek untuk siasatan (pendapatan waris RM1,500 ke bawah dan 5 tanggungan ke atas).
  2. Pejabat MARA mengadakan mesyuarat bersama MRSM dan MRSM Daerah serta proses siasatan dan outreach bermula di seluruh negara.
  3. Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Budi diadakan bagi pemilihan pelajar berdasarkan merit ditentukan daripada pencapaian akademik, pendapatan ibu bapa, dan tanggungan.
  4. Mesyuarat Penyelarasan Penempatan diadakan bagi pengesahan data pelajar dan penempatan MRSM.
  5. Pelajar melapor diri ke MRSM.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai BUDI MARA, sila layari laman web MARA iaitu https://www.mara.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: