BUDI95: Tarikh Pelaksanaan, Harga & Syarat Kelayakan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kerajaan akan melaksanakan Budi Madani RON95 (BUDI95) iaitu pelaksanaan subsidi petrol RON95 kepada mereka yang layak.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai pelaksanaan subsidi petrol ini.

Mengenai BUDI95

Program BUDI95 merupakan program kerajaan yang mensasarkan pelaksanaan subsidi petrol RON95 kepada warganegara Malaysia yang layak.

Pemberian subsidi petrol RON95 ini adalah bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Objektif utama pemberian subsidi petrol RON95 ini terutama golongan berpendapatan rendah adalah untuk meringankan kos sara hidup mereka.

Pelaksanaan subsidi petrol RON95 secara bersasar juga dapat menggalakkan rakyat untuk menggunakan pengangkutan awam dan menambah baik fiskal kewangan negara.

Harga Subsidi Petrol RON95

Menerusi program ini, warganegara Malaysia yang layak boleh membeli Petrol RON95 dengan subsidi sebanyak RM1.99 seliter.

Ianya diturunkan daripada RM2.05 sebelum ini seperti yang dinikmati oleh warganegara Malaysia.

Harga baharu ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada bulan Julai yang lalu semasa Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk bagi penerima subsidi petrol RON95 ini adalah khusus kepada warganegara Malaysia sahaja.

Kouta Liter

Bagi mereka yang layak, siling kelayakan bagi pembelian petrol tersebut adalah 300 liter sebulan.

Namun, untuk pemandu e-hailing pula, mereka dikecualikan daripada siling kelayakan tersebut dan boleh memohon untuk nilai yang lebih tinggi mengikut keperluan.

Tarikh Pelaksanaan

Tarikh pelaksanaan program ini akan bermula pada 30 September 2025.

Untuk anggota polis dan tentera serta penerima STR pula, mereka akan menerima manfaat ini lebih awal iaitu:

  • Anggota polis dan tentera: 27 September 2025
  • Penerima STR: 28 September 2025

Cara Pembelian

Berikut merupakan proses untuk rakyat memanfaatkan harga bersubsidi RON95, antaranya:

  • Tiada pendaftaran diperlukan.
  • Hanya satu langkah tambahan, iaitu pengesahan dengan MyKad untuk urusan membeli RON95 pada harga bersubsidi; dan
  • Ketiga, terminal pembaca MyKad disediakan di dalam kedai stesen minyak dan juga di terminal pam minyak bagi mengurangkan risiko kesesakan. Di samping itu, terdapat opsyen digital e-dompet TNG dan aplikasi syarikat minyak seperti Setel oleh Petronas dan CaltexGo.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai BUDI95, sila layari laman web https://malaysiamadani.gov.my/.

Baca juga: Permohonan HLP Separa Biasiswa (SB) PPPT KPT 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: