Buku Teks Ekonomi Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Buku Teks Ekonomi Tingkatan 4 KSSM ini diterbitkan untuk memenuhi objektif Kurikulum Standard Ekonomi iaitu menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas ekonomi.

Ini bagi memupuk nilai-nilai murni supaya murid dapat menyedari dan memahami masalah ekonomi, menghargai sumbangan daripada segala kegiatan ekonomi serta menyelesaikan masalah seharian dengan berkesan dan bertanggungjawab.

Kandungan buku ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan dirancang sebagai satu bahan pengajaran dan pembelajaran bagi guru dan juga sebagai satu sumber rujukan penting bagi murid.

Buku ini menekankan kepentingan Kemahiran Abad ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta pembelajaran kendiri melalui digital media yang disediakan dalam buku.

Latar Belakang Mata Pelajaran Ekonomi Tingkatan 4

Mata pelajaran Ekonomi Asas adalah salah satu mata pelajaran elektif untuk Tingkatan 4 dan 5.

Sukatan pelajaran Ekonomi Asas digubal dengan tujuan memberi murid pemahaman yang teguh mengenai prinsip asas ekonomi bagi membantu mereka memahami dunia moden dan membuat keputusan yang akan membentuk masa depan.

Melalui mata pelajaran ini, murid dapat memahami masalah yang berpunca daripada sumber terhad dan membuat pilihan yang rasional tentang penggunaannya.

Pemahaman ekonomi juga dapat membantu individu memainkan peranan sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab dalam masyarakat.

Berikut dikongsikan kandungan buku teks serta skema jawapan bagi soalan-soalan yang terkandung di dalamnya untuk rujukan para pelajar, guru serta ibu bapa.

Kandungan Buku Teks

Kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:

i) Bab 1 Pengenalan kepada Ekonomi

  • Konsep Kekurangan, Pilihan, dan Kos Lepas
  • Sistem Ekonomi serta Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi

ii) Bab 2 Pasaran

  • Keseimbangan Pasaran
  • Keanjalan Harga

iii) Bab 3 Wang, Bank, dan Pendapatan Individu

  • Wang dan Bank
  • Pendapatan Individu
  • Penggunaan Pendapatan Individu

iv) Bab 4 Pengeluaran

  • Konsep Pengeluaran, Kos dan Hasil
  • Produktiviti dan Eksternaliti

Muat Turun Buku Teks Ekonomi Tingkatan 4

Buku Teks Digital Ekonomi Tingkatan 4 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:

Skema Jawapan

Skema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file PDF di bawah:

CARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut : http://www.moe-dl.edu.my

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: