Buku Teks Geografi Tingkatan 1 Sekolah Menengah KSSM

Buku teks Geografi Tingkatan 1 ini diterbitkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Geografi Tingkatan 1 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Setiap bab di dalam buku ini memfokuskan kepada keperluan pengetahuan asas tentang bentuk ciri ruang serta persekitaran dalam melahirkan murid yang bersikap positif terhadap kelestarian alam sekitar.

Disiplin tentang ilmu geografi turut ditekankan dalam buku teks ini seperti Kemahiran Geografi, Geografi Fizikal, Geografi Manusia, Geografi Kawasan, Isu dan Pengurusan Alam Sekitar dan Kerja Lapangan.

Kandungan Buku Teks Geografi Tingkatan 1

Kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:

i) Bab 1 Arah

  • Arah Mata Angin
  • Cara Menentukan Arah Mata Angin Menggunakan Matahari
  • Cara Menentukan Arah Mata Angin Menggunakan Kompas
  • Bearing Sudutan

ii) Bab 2 Kedudukan

  • Kedudukan Relatif
  • Latitud dan Longitud

iii) Bab 3 Peta Lakar

  • Ciri-ciri Peta Lakar
  • Simbol-simbol dalam Peta Lakar
  • Pandang Darat Fizikal dan Pandang Darat Budaya
  • Langkah-langkah Melukis Peta Lakar

iv) Bab 4 Lakaran Peta Malaysia

  • Kedudukan Negeri-negeri di Malaysia
  • Kedudukan Ibu Negeri, Ibu Negara dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Malaysia

v) Bab 5 Bumi

  • Sistem Fizikal Bumi
  • Struktur Bumi
  • Benua, Lautan, Laut Utama dan Selat
  • Kesan Pergerakan Kerak Bumi

vi) Bab 6 Bentuk Muka Bumi

  • Bentuk Muka Bumi di Malaysia
  • Lokasi Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Malaysia
  • Kepentingan Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Malaysia

vii) Bab 7 Saliran

  • Pandang Darat Fizikal Peringkat Aliran Sungai
  • Sungai dan Tasik Utama di Malaysia
  • Kepentingan Sungai dan Tasik di Malaysia

viii) Bab 8 Penduduk di Malaysia

  • Taburan Penduduk di Malaysia
  • Faktor-faktor yang Mempengaruhi Taburan Penduduk Malaysia

ix) Bab 9 Petempatan di Malaysia

  • Jenis-jenis Petempatan di Malaysia
  • Pola Petempatan di Malaysia
  • Fungsi Petempatan Bandar dan Luar Bandar

x) Bab 10 Bentuk Muka Bumi dan Saliran di Asia Tenggara

  • Negara-negara di Asia Tenggara
  • Bentuk Muka Bumi di Asia Tenggara
  • Sungai dan Tasik Utama di Asia Tenggara

xi) Bab 11 Penduduk dan Petempatan di Asia Tenggara

  • Taburan Penduduk di Asia Tenggara
  • Fungsi-fungsi Petempatan Bandar Utama di Asia Tenggara

xii) Bab 12 Sumber Air

  • Jenis-Jenis Sumber Air
  • Punca Krisis Air di Malaysia
  • Kesan Krisis Air di Malaysia
  • Langkah Mengurangkan Kesan Krisis Air

xiii) Bab 13 Sisa Domestik

  • Jenis-jenis Sisa Domestik
  • Sisa-sisa Domestik di Malaysia
  • Kesan-kesan Pembuangan Sisa Domestik di Malaysia
  • Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pembuangan Sisa Domestik

xiv) Bab 14 Panduan Kerja Lapangan

  • Pemilihan Isu atau Tajuk
  • Penentuan Objektif
  • Penentuan Kaedah Kajian
  • Cara Merekod, Mengumpul dan Menganalisis Data atau Maklumat
  • Cara Merumus dan Menulis Laporan

BACA JUGA : CARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: