Buku Teks Geografi Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM
Buku teks Geografi Tingkatan 3 ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 3 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
KSSM digubal bagi memenuhi keperluan hasrat yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025.
Selain itu, KSSM juga bertujuan menyediakan murid untuk menghadapi globalisasi berasaskan pembelajaran abad ke-21. Buku teks ini dilengkapkan dengan elemen-elemen istimewa seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21), QR Code dan AR sebagai nilai tambah dalam menarik minat murid untuk mendekati ilmu geografi dan menerapkannya dalam kehidupan seharian.
Kandungan Buku Teks
Kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:
i) Bab 1 Jadual dan Graf
- Ciri-ciri dan Kegunaan Jadual
- Ciri-ciri dan Kegunaan Graf
- Langkah-langkah Membina Jadual
- Langkah-langkah Membina Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan
- Mentafsir Jadual, Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan Imbas Kembali
ii) Bab 2 Carta Pai
- Ciri-ciri dan Kegunaan Carta Pai
- Langkah-langkah Membina Carta Pai
- Mentafsir Carta Pai
iii) Bab 3 Pengaruh Persekitaran Fizikal terhadap Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
- Faktor-faktor Persekitaran Fizikal yang Mempengaruhi Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
- Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
iv) Bab 4 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
- Jenis dan Taburan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
- Faktor-faktor yang Mempengaruhi Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
- Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
- Kesan Kegiatan Manusia terhadap Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
v) Bab 5 Hidupan Liar di Malaysia
- Hidupan Liar di Malaysia
- Kepentingan Hidupan Liar di Malaysia
- Kegiatan Manusia yang Mengancam Hidupan Liar di Malaysia
- Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar di Malaysia
vi) Bab 6 Sumber Semula Jadi di Malaysia
- Sumber Semula Jadi di Malaysia
- Taburan Sumber Boleh Baharu dan Sumber Tidak Boleh Baharu di Malaysia
- Kepentingan Sumber Semula Jadi dalam Pembangunan Ekonomi di Malaysia
vii) Bab 7 Kegiatan Ekonomi di Malaysia
- Jenis Kegiatan Ekonomi di Malaysia
- Taburan Kegiatan Ekonomi Utama di Malaysia
- Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kegiatan Ekonomi di Malaysia
- Kepentingan Kegiatan Ekonomi di Malaysia
viii) Bab 8 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia
- Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia
- Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia
ix) Bab 9 Sumber Semula Jadi Utama dan Kerjasama Ekonomi di Dunia
- Taburan Sumber Semula Jadi Utama di Dunia
- Krisis Sumber Semula Jadi di Dunia
- Contoh Kerjasama Ekonomi Antarabangsa
- Kepentingan Kerjasama Ekonomi Antarabangsa
x) Bab 10 Sumber Hutan
- Sumber Hutan
- Kepentingan Pengurusan Sumber Hutan di Malaysia
- Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sumber Hutan di Malaysia
- Peranan Agensi dalam Pengurusan Hutan di Malaysia
xi) Bab 11 Kitar Semula
- Elemen Kitar Semula
- Kepentingan Amalan Kitar Semula
- Amalan Kitar Semula di Malaysia
- Amalan Kitar Semula di Negara-negara Lain
xii) Bab 12 Panduan Kerja Lapangan
- Memilih Isu atau Tajuk Kerja Lapangan
- Menentukan Objektif Kerja Lapangan
- Menentukan Kaedah Kerja Lapangan
- Merekod, Mengumpul dan Menganalisis Data atau Maklumat
- Merumus dan Membuat Pelaporan Tentang Kerja Lapangan
Muat Turun Buku Teks Geografi Tingkatan 3
Buku Teks Digital Geografi Tingkatan 3 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:
Skema Jawapan
Skema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file PDF di bawah:
CARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut : http://www.moe-dl.edu.my
Baca juga: